Pages

Wednesday, February 10, 2010

Indahnya Dunia...andai..

Betapa indahnya hidup ini andai aku diberi peluang untuk menatap,meriba,membelai dan dapat sama2 melihat si kecik Nur Damyaa Harleena membesar depan mata.Tatkala mia menjengah dunia kakakmu sedang kalut menyiapkan prosedur persediaan bagi melapor diri ke Maktab Kuala Lumpur...

Hadirmu tanggal 26 Disember 2007,
Cukup membahagiakan kami sekeluarga
Kakakmu sempatla bersama selama seminggu..

Kendian perlu bergegas untuk melapor diri
Pada awal Januari 2008...
Huhuhu,perasaan sedih dan hiba
tak dapat dibendung lagi..

Hospital Tanah Merah,27 Dis 2007 Damyaa Harleena diusia sehari,di pangkuan kak na...
Usia seminggu,dipangkuanku..2 hari sebelum bertolak ke KL...huhuhu tanak tinggal mia..

Nur Damyaa Harleena ngan sapa lagi kakaknya la..masa ni raya haji tahun lepas..kat tempat sembelih lembu.mia dah pandai cakap..tau tak apa dia cakap???Masa tu nak p tempat lembu korban, lembu tu punyala mengamuk tanak disembelih..Mia yang atas dukunganku leh cakap "Bodola lembu tu kak" terkejut aku dibuatnya..tak nak la dengar mulut kecik tu sebut benda cenggitu..Tapi,disini nk citer betapa dia nk marah kat lembu tu sbb dah ramai pak cik berpeluh2 berhempas pulas nak menumbangkannya tapi dia(lembu) tu masih tidak mahu menamatkan lg riwayatnya..Jadi itulah perkataan yg kuar dari bibir mungil budak kecik nihh..


Mia sebenarnya berisi"debab" sebelum ni,tapi berat badannya dah menurun 2 kilo baru2 ni..Jadi apabila kami p shopping maka kami tak berapa sukala bawak dia cz penat nak memintas..hampir demam gara2 nak kawal dia kt Shopping Complex..
Tapi sekarang dia nampak je kakaknya pakai tudung dia cepat2 cari kasut dia,last2 tengok tercegat kt depan motor or keta..da pandai nak ngikut...Padahal kakaknya nak p buang sampah atau siram bunga jer..Hahaha padan muka mia kena tipu..
Pastu kan abah citer mia punya perangai tak boleh tengok orang pegang makanan dia mesti ikut orang tu sampai dapat makanan tu,kenapala adik aku ni lalu sangat makan???makan ape2 tanak suap skang nak sepinggan dia sorang jer..
Yang paling geram ngan mia sekarang,tengah dia membebel sorang2 kat umah abah atau mak call suruh ckp ngan kak.bila hp ada kat telinga dia tak semena2 dia berenti bercakap..geram rasa nak cubit...last akaknya kena la jd kanak2 rebina,buat2 nangis wawaaaa..barula dia bukak mulut cakap apa" hahaahaa kak nangis,kak nangis..." tak ke haru macam tu..eeehh,budak2 zaman sekarang..

Bahagianya hidup lau leh selalu berada disisi mia..Sebab tu aku tak boleh tengok budak kecik geram nak dukung nak ciummmm...Nampak je baby dari jauh,aku dah tak boleh dah rasa nak amik cepat2.Kadang mak ngan abah pulak bimbang ngan perangai kak yang satu ni...(Padahai bukan anak dia pun!!tapi dia punya rindu ngalahkan mak budak tu sendiri).
Mungkinlah naluri keibuan yang mengalir dalam diri seorang yang bergelar wanita..Normal la kan seorang wanita dia punya sifat kasih dan sayang memang mengatasi segala-galanya walau terpaksa berkorban nyawa sekalipun...
Ooopss,teringat subuh tadi kawan yang sama2 blajar kat UPM n sama kt Maktab Teknik,Kak Norlida hantar mesej yang dia bakal bergelar ibu..Tahniah K.da..Hah tengok terujanya kawanku yang bakal bergelar ibu mesej awal2 pg lagi...Congrats my dear...

No comments:

Post a Comment