Pages

Saturday, February 27, 2010

TAK RUGI JADI PEREMPUAN...!!

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli...
kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti...
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati...
Disebalik bersih wajahmu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri..


Wahhh,banggalah kepada sesiapa yang bergelar wanita...nun disana Allah telah sediakan pahala berganda atas apa jua pengorbananmu...


Dimana letaknya harga seorang wanita???Yang mana jika wanita kehilangannya dia akan rugi...Berharganya wanita ini boleh dilihat dari tiga perkara:

1. Sifat kewanitaan dan maruah dirinya.

2. Peranan dan tanggungjawab yang digalasnya..



Yang teramat penting :

3. Kelebihan khusus yang diberi oleh Allah kepadanya..


Antara kelebihan khusus yang Allah berikan kepada Wanita:

1. Syurga bagi seorang anak terletak di bawah tapak kaki wanita (ibu).

2. Seorang ibu lebih utama ditaati oleh anak berbanding dengan ayah..

3. Mulut ibu lebih 'masin' daripada mulut ayah - doanya untuk anaknya lebih makbul kerana menurut Rasulullah SAW,ibu lebih penyayang daripada ayah dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia(jadi pada ibu2 janganla mudah sangat nak kata bnda2 x elok pada anak ya..!! kesian kat anak...)

4. Yang ni memang nak kena jaga betul2 .Rasulullah SAW memberi jaminan bahawa isteri yang solat lima waktu,puasa dibulan ramadhan,memelihara kehormatannaya dan TAAT KEPADA SUAMINYA , akan dipersilakan masuk syurga...(Rasa macam mudah je kan??? Tapi sebenarnya kalau syurga dan keredhaan Allah matlamat kita InsyaAllah akan dipermudahkan..)

5. Yang ni memang menuntut pengorbanan yang bukan sedikit espclly masa anak tak sihat..Seorang ibu yang tidak tidur semalaman kerana menjaga anaknya yang sakit akan diberi PAHALA seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

(Tapi kan,pernah dengar x golongan yang paling ramai masuk neraka???aduss kecut perut mendengarnya...)

Bisik Hatiku (jika syurga dambaanku lakukanlah amalan selayak golongan hamba yang benar2 mahukannya...konsentrasi istiqomah,teguh hati dalam mencari redhaNya dan yang paling utama moga segala amalanku diterima...Ameen..-Rintihan seorang hamba)

No comments:

Post a Comment