Teringatku 20 tahun yang silam,pada detik itulah kita berkenalan..Walau hati masih gundah tatkala hari pertama dihantar sekolah,resah gelisah menerpa diri yalah takut memasuki alam persekolahan.Namun hadirmu membuatkan aku berani dan terus bersemangat memulakan persekolahan tahun 1..Ya, dibangku itulah kita sama2 mengenal ABC,123 dan Alif Ba Ta serta destinasi itulah juga menitipkan benih persahabatan yang terus subur dan mekar...Rosliza dan hasnida jua turut sama2 mewarnai lorong ukhuwah ini...
Bermula pada saat itu,kaulah sahabatku rakan dan kawan..tiada lagi rasa takut membelenggu diri tapi perasaan seronok dan teruja pula menjelma....belajar,makan dan bermain bersama..Ohhh indahnya saat itu,ingin sekali diputarkan kembali segala nostalgia indah itu...
Teringat satu kisah,abah tak jemput balik sekolah...jadi sepanjang jalan sampai ke rumah aku menangis tak berenti (takut kena culik sebenarnya) maklumlah anak manja...esoknya disekolah aku ceritakan padamu..Kau dengan rela hati mahu menghantarku ke rumah padahal lorong perumahan kita berlainan..Pada saat itu aku telah belajar sedikit sebanyak erti sebuah persahabatan...Yaa,inilah dikatakan sanggup bersama walau susah sekalipun!!
Terima Kasih Maz,sudi bersamaku dan turut sama2 mencipta kenangan indah sepanjang musim yang lalu...Kini kenangan itu masih berlegar2 dalam ruang ingatanku...
Sahabat,
kita pernah melayari susah senang bersama...Ceritalah kongsilah kesusahanmu bersama kami..andai setiap panggilan tergantung tanpa jawapan bagaimana kami mahu menyelami masalah yang kamu alami...
Jauh dilubuk hati ini,masih dan teramat sayang akan persahabatan ini...Mahu sirami kembali dengan siraman kemesraan,baja kasih sayang dan kesegaran kasih sayang yang kita semai bersama...Teman , jangan akhiri perhubungan ini dengan cara macam ni...

Walau apapun,selamat hari lahir yang ke 26 maz,moga terus tabah dan sabar mengharungi hidup ini...Semoga terus mendapat rahmat dan kasih sayang Allah...Semoga ukhuwah ini terus terjalin kukuh buat selamanya...Jika "dia"la penyebabnya kami dipinggirkan tafddhal (teruskan) mungkin disitulah bahagia hakiki yang kau cari...dari celah pelamin itu,kami tetap jua mendoakan kebahagiaanmu bersama "dia" hingga akhir hayat dan sampai anak cucu hendaknya...Ameen
No comments:
Post a Comment