Sunday, February 28, 2010
SESUAIII SANGAT...
RAHMAT UJIAN
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
(Betapa Allah sentiasa merindukan rintihan hambanya...Sentiasalah mengingati Allah nescaya Allah jua mengingatimu...)
Saturday, February 27, 2010
TAK RUGI JADI PEREMPUAN...!!
kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti...
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati...
Disebalik bersih wajahmu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri..
Wahhh,banggalah kepada sesiapa yang bergelar wanita...nun disana Allah telah sediakan pahala berganda atas apa jua pengorbananmu...
Dimana letaknya harga seorang wanita???Yang mana jika wanita kehilangannya dia akan rugi...Berharganya wanita ini boleh dilihat dari tiga perkara:
1. Sifat kewanitaan dan maruah dirinya.
2. Peranan dan tanggungjawab yang digalasnya..
Yang teramat penting :
3. Kelebihan khusus yang diberi oleh Allah kepadanya..
Antara kelebihan khusus yang Allah berikan kepada Wanita:
1. Syurga bagi seorang anak terletak di bawah tapak kaki wanita (ibu).
2. Seorang ibu lebih utama ditaati oleh anak berbanding dengan ayah..
3. Mulut ibu lebih 'masin' daripada mulut ayah - doanya untuk anaknya lebih makbul kerana menurut Rasulullah SAW,ibu lebih penyayang daripada ayah dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia(jadi pada ibu2 janganla mudah sangat nak kata bnda2 x elok pada anak ya..!! kesian kat anak...)
4. Yang ni memang nak kena jaga betul2 .Rasulullah SAW memberi jaminan bahawa isteri yang solat lima waktu,puasa dibulan ramadhan,memelihara kehormatannaya dan TAAT KEPADA SUAMINYA , akan dipersilakan masuk syurga...(Rasa macam mudah je kan??? Tapi sebenarnya kalau syurga dan keredhaan Allah matlamat kita InsyaAllah akan dipermudahkan..)
5. Yang ni memang menuntut pengorbanan yang bukan sedikit espclly masa anak tak sihat..Seorang ibu yang tidak tidur semalaman kerana menjaga anaknya yang sakit akan diberi PAHALA seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
(Tapi kan,pernah dengar x golongan yang paling ramai masuk neraka???aduss kecut perut mendengarnya...)
Bisik Hatiku (jika syurga dambaanku lakukanlah amalan selayak golongan hamba yang benar2 mahukannya...konsentrasi istiqomah,teguh hati dalam mencari redhaNya dan yang paling utama moga segala amalanku diterima...Ameen..-Rintihan seorang hamba)
Friday, February 26, 2010
SALAM MAULIDUR RASUL
Thursday, February 25, 2010
Selamat Hari Lahir Maz...
Wednesday, February 24, 2010
2216,EMM..ALAHAI ABAHKU..
Begini ceritanya,look this title first!! ohh 2216..Bagiku tidak pernah memberi apa2 maksud kerana sebagai orang islam kita tidak digalakkan mempercayai perkara2 sedemikian kerana bimbang terjerumus kepada syirik..Namun ceritaku pula sebaliknya...
Tak taula kenapa abahku begitu obses dengan nombor ni???Tapi apa yang aku tau masa abah mula2 membina perniagaannya dulu pada tahun 1980 dia ada mmbeli sebuah kenderaan bernombor pndaftaran DM2216...Mungkinlah tercetus idea dari itu?? Kita yang belum lahir lagi masa tu jadi tertanya2..Tapi mak kata ini berikutan bisnes abah yang semakin maju...dan mungkin dia merasakan kenderaan itu teramatlah berguna dan telah banyak menaikkan bisnesnya..
Selepas itu abah beli la plak Lori Daihatsu,berhasrat mendapatkan no DAA2216.Alhamdulillah dapat kerana kutahu di Kelantan persaingan untuk mendapatkan nombor macam tu tidaklah serumit Kolumpo...
Namun awal 2007 abah berhasrat membeli sebuah lagi Lori,namun x dapatla plak no yang diinginkan hanya dapat DBE1242..dan mungkin kemarahanya tidaklah membuak sangat kerana berpunca darinya..sebelum tu pun dia ada beli Lori (yang kawan dia tak mampu habiskan ansuran) sekadar DAK4626..tapi takper itu berkaitan abah n kenderaan2 dia je...
Cuba tengok LC tu pun dia la yang beria-ria nak DBB2216,memangla dia yang membayarnya tapi semua diuruskan oleh pekerjanya..abah tukang arah jer...sebelum tu pun dia beli EX5 Class plat DAF2216...
Haaahh,tengok MYVI ni pun anaknya terpaksa berjuang habis2an mendapatkan no ni..Sebenarnya order dari WSX WSY lagi,tapi gara2 tak dapat no ni jadi tunggu ajelah..Last2 WTA2216 jd milikku...No dah dapat keta lak xde kaler hitam..Myvi SE hitam xde stok...Call abah "Abah,no dah dapat keta lak takder kaler hitam" Abah jawab " Ala kak keta tak penting,yang penting nombor 2216"
Tuesday, February 23, 2010
cuti2 best...
Sepanjang cuti itulah kerjaku..Namun kesibukan tu tak pernah menghalang hobi my mum menyoping.Pagi2 lagi hari jumaat.."kak,meh kita p pasar tani.."(alah,sebenarnya dah plan nak suruh abang kait buah kelapa muda,nk wat coconut shake) hari jumaat ni senang sikit nak suruh dia..Tapi,demi tidak menghampakan mak tersayang..maka inilah yang kuar " ok,jom!!! lama gak tak g pasar tani.."
Pasar Tani Mega beroperasi setiap hari jumaat di bandar T.Merah..Kira-kira 20 minit dari rumahku..Haaa maka tengah asyik berjalan2 tu aku terpandangla akan benda ni... "eh,macam pernah jumpa tapi dimana ya???" yaa!! ini kueh kegemaranku namanya "tepung beko"..makanan berasaskan kelapa ni memang teramatlah aku suke but kt kolumpo susah nk dpt..Lau adapun nescaya aku tak belinya,lps ni msti ada x cukup santanla tepungla kurang lemakla...dah serik beli kueh mueh kat KL..
Lau nak tau best x,try first...!!
Monday, February 22, 2010
Selamat Pengantin Baru..
Friday, February 12, 2010
Memori Tahun Baru Cina
Wahhh,dah nampak dah...
dan sebenarnya perasaan ini....
Rentetan itu,kita amat memerlukan seseorang untuk diluahkan segala gelodak rasa,gelora jiwa dan apa jua perkara yang bisa mengganggu konsentrasi seharian kita...Sahabat,mak abah n kakak kukira orang yang paling sesuwaii untukku ceritakan apa jua masalah yang aku alami selain daripada blog marhain ini..
Namun,bukan semua boleh di "kisah"kan dalam ruang ini,ini semua bagi menjaga hati,memelihara hubungan dan memelihara maruah diri..Jadi sebahagian yang lain harus disimpan kemas2 dalam lubuk hati yang paling dalam...Hakikatnya apa jua yang ditulis disini adalah perkongsian ikhlas penuh berhemah berlandaskan perasaan sebenar...Oppss,bukan semua boleh diceritakan...
Alhamdulillah kewarasan akal dan keteguhan iman dapat memandu kita dalam menghadapi dilema hidup..Yaa!! dilema hidup..dilema hidup dalam terus menyimpan dendam pada yang menyakitkan hati kita,memaafkan dan melupakan saja apa yang dilakukan atau tak payah pikir lagi pasal kejadian...Tapi mak selalu pesan,Janganla bersangka buruk ngan orang...Masalahnya ini bukan bersangka buruk tapi jelas lagi nyata..Haa macam mana tu???Lantaran itu,kita diajak berfikir "Selemah2 usaha ialah berdoa"..."Berdoalah kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan"
Maka hamba ini pun tak de sempatla nak doa panjang2 hanyala Astaghfirullah yang mampu diucapkan...
Sebenarnya dalam melalui hidup ini banyak sangat perkara yang perlu kita pandang dari sudut hikmahnya...Dulu aku tak pernah pun berfikir dari "Kanta Hikmah"...
Teringat satu peristiwa yang pernah Cikgu Sejarah(my feveret subjek STPM) cerita...Macam ni ada satu ketika tu cikgu ni amat memerlukan duit,pelbagai cara dilakukan bagi mendapatkan duit sebanyak itu...Namun x semena2 datang seorang hamba Allah(teman lama) datang mmbayar hutang lama yang boleh dikira besar juga jumlahnya...Maka selesailah masalah cikgu tadi..Apa yang cikgu ni cakap inilah hikmah orang yang sabar dan terus bermohon dan tidak pernah lupa dengan satu surah..(Surah Waqi'ah)..dan cikgu ini menolak sepenuhnya riba,dia takkan beli keta secara ansuran dia beli cash!! (tapi lau kita yang baru nk hidup ni nk bli tunai alamak kurusla nk menyimpan).Sebenarnya cikgu ni,aku respect sesangat dengan amalan hidup dia..Tak pernah nak mengata orang,banyak solat2 sunat yang dia amalkan,lau free bc Quran,puasa sunat isnin khamis x pernah miss,murah hati suka bersedekah n satu lagi murah ngan senyuman(yg ni paling susah ni,sebenarnya aku ni teramatla susah nk senyum kt org!!!).
Berbalik kepada luahan hati tadi,kadangkala hati meronta hiba melayari denai kehidupan..terkadang diatas terkadang gak dibawah...Adakalanya tersungkur sendiri..Tapi Allah tidak akan menguji seseorang hamba itu selagi ia mampu memikulnya..Yezz mungkin aku dikalangan terpilih melalui ujian ini dan mungkin disebalik yang berlaku ini membuatkan aku tersentak dan teringat kembali padaNya...Apa yang selalu aku ingat,Mak kata Allah bagi kita kebahagiaan dan kedukaan..Kebahagiaan membuatkan kita seronok,sehingga kita lupa padaNya...Namun masa kita sedih sapa yang kita cari...ya betul ketenangan abadi datang dariNya...Tatkala dihimpit duka sejadah lusuh itulah yang dicari,Quran berhabuk itulah yang dibaca...dan x semena2 kala dua tangan ditadah mengalirlah airmata keinsafan...Itulah sebenarnya hikmah wujudnya duka nestapa dan kerumitan hidup...
Usah angkuhla manusia,walau dibumi mana pun engkau berpijak ianya milik Allah...
Jadi pesanan buat diriku,Cik Fara,Tempuhilah hidup ini dengan penuh ketabahan dan kesabaran..Nun didepan sana banyak lagi ujian menantimu...Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan..Apa jua kenikmatan yang kau perolehi hari ini hanya pinjaman dariNya dan janganla engkau takbur dan riya' dengan setiap kenikmatan dunia...Dunia jambatan ke akhirat..ohh pentas dunia..Ku harap kau tidak melalaikanku...dan harus diingat,Allah maha mengetahui setiap percaturan yang ditentukan dalam hidup kita...Dia lambatkan sesuatu permintaan dalam masa yang sama dia percepatkan permintaan yang lain...semuanya sarat dengan 1001 hikmah yang sukar untuk dirungkai...
Thursday, February 11, 2010
sibuk ngalahkan Menteri..
Kerani Call kul 8.00 tadi
Suruh p sekolah kul 10.00
Lawatan daripada Pegawai Pelajaran Gombak
Ishhh,
Kena bersiap cepat ni..
Sebenarnya kehadiran pegawai PPD
ni mmbuatkan guru2 cemas
sebab guru2 akan ditanya tentang
Key Performance Indeks(KPI)
National Key Result Area(NKRA)
Tengokla sapa yang kena hari ni..
Nasib baikla benda tu pernah ku baca
masa prepare untuk Temuduga SPP hari tu
Pahtu 12 tngahari
ada meeting Guru Disiplin
Jangan kata sat g guru disiplin datang lewat lak.
12.30 Temujanji ngn Pegawai Bank
Huhhh sibuk sangat hari ni...
Wednesday, February 10, 2010
Indahnya Dunia...andai..
Hadirmu tanggal 26 Disember 2007,
Cukup membahagiakan kami sekeluarga
Kakakmu sempatla bersama selama seminggu..
Kendian perlu bergegas untuk melapor diri
Pada awal Januari 2008...
Huhuhu,perasaan sedih dan hiba
tak dapat dibendung lagi..
Hospital Tanah Merah,27 Dis 2007 Damyaa Harleena diusia sehari,di pangkuan kak na...
Kala keboringan bertamu...
Sambil tunggu nasi masak
Tuesday, February 09, 2010
PadaMu aku memohon..
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Monday, February 08, 2010
Teruja...
Lau dulu lehla p Tok Bali Pasir Puteh,kat sana leh bakar ikan yang segar2 n makan ramai2..best sangat..Tapi sekarang kondisi kesihatan abah yang tak menentu membataskan aktiviti2 santai yg mmrlukan travel2 ni..Bukannya abah xleh jalan langsung, still boleh ke pejabatnya n jumpa clientnya n boleh bawak motor n drive keta...Tapi sekarang dia teramatlah tidak berminat nak jalan2 macam dulu lagi..
Tapi aktiviti tu masih kami lakukan,BBQ memang sebati kalau kak balik kan abah..Kalau kak nak balik abah dah order awal2 sotong n udang besar.Walaupun bukan lagi kat Pantai Tok Bali tapi kita masih lagi leh berBBQ kat halaman umah.Pasang khemah,kecoh kami sekeluarga sampai jiran sebelah pun join sama..Kul 12 tengah malam barulah masuk umah...
Plan yang selalu tak pernah miss lau cuti panjang ialah mengecat umah..Hahaha suka sangat cat umah,mula2 pilih kaler ramai2 namun autoriti lebih kepada pilihan kak.Hah tengok kat dapur tu kak jugak yang pilih Pink n hijau Epal...Punyalah cantik masa tengok kat katalog..Huh rupa2nya pekerja abah tersalah no kod...Jadinya warna pink dia muda sangat..
Pahtu yang nak marah sangat masa mula2 ngecat tu ramaila,last2 tinggai kak sorang..Tu yang paling nak marahhh...semua lesap ntah kemana..
Inilah hasilnya..
My feberet kaler is purple...Yezzzzz autoriti still pada my choose..Thankz abah kerana ikut cakap kak...Hah lawa kan this kaler???Tengokla sapa yang pilih..Awalnya kami adik beradik yang cat tapi abah tak puas hati..last2 dia suruh mat indon cat..Kat ruang tamu kecil tema purple...
Yang ni plak memang tak berapa nak berkenan,tapi nak wat camne kaler pilihan mak...Balik kampung 1 tahun lepas dah siap cat kaler ni..Jadi kak tak nakla komen lebih2...kira setuju je sbb dh siap cat.Ok gak this kaler sejuk gak..n sesuai ngan tiles..
Sunday, February 07, 2010
Antara Tesco D'Sara dan Nostalgia Indah..
Ingat nak p lps asar tapi takut balik malam lalu aku amik keputusan nak p kul 3.30..baru je nak kuar rumah,mak aaai hujan bukan main lebat jadi terpaksalah kami tunggu hingga hujan reda..
Kul 3.55 baru leh kuar,itupun masih hujan tp xla selebat tadi..
Sampai kt Tesco,susahla plak nk dapat parking,nasib baikla ada sorang pak cik tu tolong booking untuk kami dari jauh.Thanks pakcik,moga Allah merahmatimu...
Nostalgia itu muncul kembali...