Pages

Monday, May 31, 2010

Sepatutnya,tapi takpelah...

Pada 5 Jun 2010 akan datang, bersamaan dengan 22 Jamadilakhir 1431 hari sabtu akan diadakan Hari Keluarga bagi mengumpul semula waris keturunan Keluarga Awang di Pantai Irama Bachok..Program di ketuai oleh Saudara Mohd Zain Bin Awang (merangkap datuk saudaraku).Agenda yang akan berlangsung selama sehari itu akan dihadiri oleh semua saudara-mara,waris2 terjauh terdekat seluruh tanah air sehinggalah yang berada di oversea dan overriver hendaknya..Sebagaimana yang dikhabarkan oleh kezen2 ku Sinar Harian juga turut dipanggil untuk membuat liputan..ceaaceaa liputan macamlah piala dunia,taklah dipanggil sekadar untuk merakam kenangan indah hari tersebut..
Sebenarnya agak ralat kerana pada hari tu sy baru bertolak pulang..my sis ada syor gak suruh mintak cuti..Memangla Cuti Rehat Khas(CRK) tak ambik pun lg tahun ni,tp memandangkan dah nak dekat cuti takut jugak nak mohon CRK untuk hr jumaat,maka terpaksalah saya memendamkan sahaja hasrat untuk bersama pada Hari Keluarga tersebut..
Sememangya bukan senang untuk bertemu semula ngan sepupu sepapat yang pernah suatu ketika dulu berbasikal bersama,mandi tali air,tangkap belalang,main masak2 dan macam2 lagi..Tuntutan tugas agak membataskan pertemuan kami walaupun dikalangan mereka hanya berada di Damansara,Bangi,Serdang dan Sepang..Malah ada yang masa kecik2 dulu kelihatan agak hingusan dan comot,tapi sekarang owwwsss machonya adik2 dan abang2 sepupuku..henshem2 belaka..Nak tunggu raya alamat lambatlah lagi,tapi takpe sekurang2nya wujud juga pertemuan yang didamba2kan selama ini..Walau seketika itu semua sudah memadai..
Terima Kasih kepada datuk saudaraku yang begitu beria-ia mahu mempertemukan sanak saudara dikalangan keluarga besar Awang..Semoga dengan pertemuan ini akan mengikat semula dan mencambahkan kembali hubungan kekeluargaan yang kian luntur dek kerana tuntutan tugas dan tanggungjawab masing-masing..
Saya pula walau tak dapat menghadirkan diri,agak teruja untuk mengetahui cerita sebuah penceritaan ,kisah sebalik pertemuan dan indahnya jambatan mahabbah..

2 comments:

  1. best nyer lau dapat berkumpul...mesti ada yang x kenal....

    ReplyDelete
  2. awk itulah yg org tua duk risau,kononnya bimbang takut x kenai sedara mara..tp itulah realitinya kalau lama x jmpa..

    ReplyDelete