Amboi..amboi duk seronok cerita pasai snap2,makan2 dan shopping2..Pengisian ceramah mana???Okayla,nak cerita pasai ceramah kursus plak..Program semalam dimulakan agak lewat sedikit gara2 cikgu2 lelaki yang datang lewat..dorang datang sndiri,maklum sajelah..Saje je bikin big boss panasss..pastu selamba je masuk lewat..
Ceramah pertama dimulai oleh Encik Zamri,Pegawai Pendidikan merangkap Pengarah Pelajaran Bahasa Arab Jabatan Pelajaran Selangor.Isi ceramah lebih kepada punca2 stress ketika berkerja, ini semua berpunca dari kesihatan..Kesihatan pula bermula dari rumah..Pelbagai penyakit Kencing Manis,darah tinggi,Jantung,Sakit ulu hati juga berpunca dari makanan.Beliau menambah lagi ini semua bermula daripada hubungan,hubungan dengan Allah,hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam sekitar.Hubungan kekeluargaan merangkumi Suami dengan isteri,dengan anak-anak,dengan ahli keluarga dan ahli komuniti yang lain.Namun, isi ceramah semalam lebih banyak menghuraikan hubungan suami isteri..banyak pengisian yang tidak sesuai untuk dihuraikan disini,malah agak tidak sesuai..Sehingga ada suara2 yang berkata,ala2 kursus kahwin plak dan tidak patut dipanjang lebarkan coz ada yang belum berkahwin kat sini...Saya yang tertinggai spek tak dapatla nak menyalin apa yang terpapar kat screen..masa kat tol duta baru teringat my spek tak bawak...Maka hanya dapat disalin apa yg didengar aje..
Namun,dalam asyik duk dengar ceramah kursus semalam ada satu ayat yang betul2 menyentap sanubari saya sebagai seorang muslim..ini bolehlah diklasifikasikan sebagai hablunminallah(hubungan dengan Allah)..kata beliau "Kalau seseorang itu tidak SOLAT ujian demi ujian HEBAT akan datang BERTIMPA-TIMPA".Nauzubillahiminzalik..Moga Allah bukakan pintu hati para sahabiah(kawan2ku) yang masih lalai akan perihal ini,Ya Allah Aku Mohon...padaMu aku bermohon kerana kurasa bagai tiada kekuatan untuk menegur tentang perlu "tegaknya sebuah tiang".Spesifikasi tentang solat ni sebenarnya agak sukar untuk dihuraikan,sebab ada yang kata huhh tak tinggal solat tapi masih berzina,masih buat dosa dan masih buat maksiat..Saya pernah baca sebuah buku tentang ni,bila di tanya tentang seseorang yang sembahyang tapi masih berzina..Ringkas saja jawapan penceramah bebas tersebut iaitu orang itu sebenarnya tidak solat!
maksudnya solat bukan dengan kata sebenar sekadar melengkapkan rukuk,sujud dan salam tanpa penghayatan roh2 keimanan..
Saya bukannya perfect sangat pun,masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbetulkan.Sekadar berkongsi keresahan dan kegusaran diri dalam bab ini..sebab telah banyak bukti Allah yang sy nampak,orang yang lalai tentang ini agak susah hidupnya,walau kaya nampak berserabut,hilang keserian pada wajah..ujian datang bertimpa2,rezeki seolah2 sentiasa tak cukup...mungkin juga keberkatan dalam hasil pencarian juga turut lenyap.
Jika pengisian pertama lebih kepada pengisian rohani atau signifikasi kepada kasih sayang adalah makanan emosi..Ceramah kedua yang disampaikan oleh Encik Ansor pula menjurus kepada akta2,pekeliling penjawat2 awam..Cuti bersalin,cuti sakit,cuti kematian,cuti tanpa rekod,cuti belajar..Pastu tentang pencen dan ganjaran terbitan kepada kakitangan yang ditimpa kemalangan semasa bertugas...Semua ini telah saya dengar masa kursus KISSM (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia) di maktab tahun lepas...Hari ni just nak mengingat kembali apa yang dah dipelajari dulu..
Kursus berakhir jam 12.30 Tengahari,majlis diakhiri dengan cabutan bertuah pastu mkn2..Alhamdulillah dapat hamper..Saje je ni,pastu resah mncari-cari sapa yg sudi nak mintak tolong bawak balik hamper coz kami nak pi ronda2 KL..Kuala Lumpur menyingkap kenangan lalu..
No comments:
Post a Comment