Kak Mai : Fara,mehla tengok gambar kat paper ni??
Sy : Gambar apa kak Mai??
Kak Mai : ni gambar ni ha...
Belum pun sempat kak mai nak tunjuk front page,sy dh nampak sipi2..
Sy : Uhh..tak nak tengoklah kak mai kita dah tengok sebelum ni yang kena hurung semut..tak mau tengok nanti teringat2..sedih..
Kak Mai : Ishhh Fara yang takde anak tak boleh tengok,akak ni lagilah terasa. tengok benda macam ni terbayang kat anak kita...
Sy : tak boleh kak memang tak boleh dah la dia fokus dekat kat baby tu..saya takde anak tapi saya ada adik...tak boleh nak imagin..huhuhu tak boleh..
Tergamaknya manusia yang yang Allah kurniakan akal fikiran memperlakukan makhluk yang sama taraf dengannya macam ni..dimana letaknya nilai kemanusiaan?? dimana nilai ehsan sesama insan?? Luluh hati setiap kali membaca kisah pembuangan bayi ni..macam satu pesta pulak..Sekarang pesta membuang bayi ni makin bermaharajalela..Hari-hari ada aje terpampang didada-dada akhbar..Sedih pilu menatap tubuh kecil yang tidak berdosa terdampar dilembah hina didalam longkang,tong sampah ,loji kumbahan dan pelbagai tempat yang menggambarkan seolah2 manusia hari ini kian ketandusan nilai kemanusiaan..
Janganlah kerana kasih tersasar tujuan hidup..dan Janganlah semakin melangit ilmu duniawi makin terhakis nilai keagamaan dalam diri kita...juga tidak mahu terus menerus melakukan dosa..Dosa oh dosa..Selepas zina seterusnya Membunuh..!! Kenapalah segelintir ummat ini tidak terus tersentak selepas dosa yang satu?? Tapi lain pula jadinya,tersentak juga tapi dek kerana malu..bukan malu pada Allah tapi malu pada masyarakat sekeliling..dan ketika itulah datangnya makhluk yang memang dia punya peranan ialah menyesatkan anak2 adam iaitu Syaitan...Bisikan demi bisikan bagi menutup aib sendiri dan aib keluarga..Akhir sekali terjadilah pembunuhan,sama ada pengguguran atau dibuang sahaja bayi yang telah cukup sifat..
Nauzubillah,sebab itulah perlunya ilmu agama dalam diri bagi menangkis semua unsur2 macam ni..Tapi ada juga orang cakap uhhh..budak belajar agama pun macam ni jugak..itu mungkin ada somethingwrong dengan dia punya iman..Siapalah kita untuk mempertikaikan keimanan seseorang,hanya Allah jua Maha Mengetahui segala apa yang terselindung dilangit dan dibumi..
~ Tiada apa yang kuharapkan , jika hari ini kita kelihatan begitu baik..Belum diketahui musibah dan ujian apa yang Allah nak turunkan pada kita..Apa yang kuharapkan kurniakanlah kekuatan iman,ketenangan jiwa dan keindahan pekerti serta terus mengharap dambaan Kasih dariMu ya Rabb...
No comments:
Post a Comment