Pages

Sunday, May 23, 2010

Ladies Only at All Time

Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur,hari ini kaki ini begitu berpeluang ke sana..Itupun gara2 ada Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di Hotel Uda Ancasa Pudu,Kuala Lumpur...Ikutkan memang malas nak beramai2 ngan ummat kat sini terutama kat Jalan TAR dan Masjid India,cz invironment tersangatlah crowded,busuk dgn asap dan keadaan yg agak menyerabutkan...Hari sabtu ahad paham2 ajelah,dengan PATInya,orang yg ramai ...Owwwhhh tidakk..
Tapi,hari ni nak pergi jugak ronda2 n pusing2 Masjid India dan Jalan TAR..Tempat yg pernah meninggalkan nostalgia indah buatku dimusim pengajian yang lalu..Sepanjang langkah menyusur laluan pejalan kaki teringat,tempat inilah pernah sy dan kwn2 makan,shopping2 dan bergambar..tapi kini semua myfrens telah bertebaran ke pelusuk negeri..Hanya kenangan dan memori itu sudi singgah dlm kotak ingatanku..
Shopping punya shopping ngn kakak2 kaunseling,beli tudung..borong sakan..Padahal belum gaji,inilah wanita nafsu membeli belah mengatasi segalanya..Setel tudung,kami meneruskan operasi menyoping ke SOGO plak,Alamak!! SOGO buat Sale..! 20%..50%..70%..xde niat pun nak beli apa2 coz belum gaji,namun bila dah melintas adusss tersangkut plak..kalau tak beli nyesal lak,tak lena nak tido duk teringat2..Last2 saya sambar gak 2 Handbag..Yahooo Puas Hati!!..Ini belum gaji,kalau dah gaji Tuhan maha tau..
Selesai segala operasi,maka tibalah masanya kami mahu berangkat pulang,tapi SOGO seolah2 tidak merestui kepulangan kami..ceawwahh..takdelah sebenarnya kami yang berat kaki nak pulang,namun kami harus pulang coz keadaan KL yg makin crowded dgn kehadiran rakyat jelata yg mahu melihat Festival Citrawarna kt Dataran Merdeka..
Kami yg dtg ngn bas tadi dengan guru2 lain terpaksa balik dengan Komuter kerana rombongan Cik Kiah yang lain dah balik kul 2.00 ptg td..hanya rombongan Cik Bedah tiga orang ni jer terlebih berkursus kul 6.00 ptg baru balik cz + dgn 'kursus membeli belah' yg takde dlm Silibus Kementerian Pelajaran..hahaha..
Ni yang nak cerita,betapa lamanya sy tak naik komuter sampaikan tak tahu sekarang dh ada perubahan baru dlm sistem pengangkutan tersebut..Sekarang telah diwujudkan perbezaan koc antara lelaki dan perempuan..Nasib baikla sy tak masuk koc lelaki..tak perasan pun tadi..rupa2nya 2 gerabak dihadapan ialah man coach dan gerabak ketiga dan seterusnya ladies coach..
Alhamdulillah inilah perubahan yang saya mahukan,tiada lagi masalah raba meraba yang selalu kita dengar,tiada lagi copek mencopek,tiada lagi bau-bauan yang kurang menyenangkan dan tiada lagi sentuhan sengaja dan tidak disengajakan..Bagi sy inilah satu2nya manifestasi dalam membela hak kaum wanita..cea..cea..macam ahli parlimen pulak..iyyaa betul,semua ini perlu agar kami rasa lebih terpelihara dan terjaga keistimewaan kami sebagai wanita yg merupakan kaum yg lemah..Syabas kerana sedikit demi sedikit suara hati kami dimengertikan dan dizahirkan apa yang kami inginkan melalui wujudnya peraturan Ladies Only at All Times..


Indahnya islam,elok ajarannya,cantik penghayatannya..Walau dalam apa keadaan sekalipun mesti kembali pada ajarannya..Inilah contoh yang paling terdekat,terasa begitu selamat begitu terbela dan insyaAllah bagaikan sangat selesa dengan keadaan macam ni...Kalau dulu,nak sampai ke satu2 destinasi bagaikan tak keruan..duk isshh..isshh...ishhh dalam hati..bercampur dengan bangla,nepal,indon la..Sekarang semuanya telah berakhir..Berbanyak terima kasih kepada hamba Allah yang memberikan idea untuk mewujudkan perbezaan coach antara lelaki dan perempuan,semoga Allah merahmati anda setiap masa diberkati hidup dengan apa yg anda lakukan,sahamnya akan anda perolehi diakhirat kelak..InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment