Pages

Monday, May 31, 2010

Sepatutnya,tapi takpelah...

Pada 5 Jun 2010 akan datang, bersamaan dengan 22 Jamadilakhir 1431 hari sabtu akan diadakan Hari Keluarga bagi mengumpul semula waris keturunan Keluarga Awang di Pantai Irama Bachok..Program di ketuai oleh Saudara Mohd Zain Bin Awang (merangkap datuk saudaraku).Agenda yang akan berlangsung selama sehari itu akan dihadiri oleh semua saudara-mara,waris2 terjauh terdekat seluruh tanah air sehinggalah yang berada di oversea dan overriver hendaknya..Sebagaimana yang dikhabarkan oleh kezen2 ku Sinar Harian juga turut dipanggil untuk membuat liputan..ceaaceaa liputan macamlah piala dunia,taklah dipanggil sekadar untuk merakam kenangan indah hari tersebut..
Sebenarnya agak ralat kerana pada hari tu sy baru bertolak pulang..my sis ada syor gak suruh mintak cuti..Memangla Cuti Rehat Khas(CRK) tak ambik pun lg tahun ni,tp memandangkan dah nak dekat cuti takut jugak nak mohon CRK untuk hr jumaat,maka terpaksalah saya memendamkan sahaja hasrat untuk bersama pada Hari Keluarga tersebut..
Sememangya bukan senang untuk bertemu semula ngan sepupu sepapat yang pernah suatu ketika dulu berbasikal bersama,mandi tali air,tangkap belalang,main masak2 dan macam2 lagi..Tuntutan tugas agak membataskan pertemuan kami walaupun dikalangan mereka hanya berada di Damansara,Bangi,Serdang dan Sepang..Malah ada yang masa kecik2 dulu kelihatan agak hingusan dan comot,tapi sekarang owwwsss machonya adik2 dan abang2 sepupuku..henshem2 belaka..Nak tunggu raya alamat lambatlah lagi,tapi takpe sekurang2nya wujud juga pertemuan yang didamba2kan selama ini..Walau seketika itu semua sudah memadai..
Terima Kasih kepada datuk saudaraku yang begitu beria-ia mahu mempertemukan sanak saudara dikalangan keluarga besar Awang..Semoga dengan pertemuan ini akan mengikat semula dan mencambahkan kembali hubungan kekeluargaan yang kian luntur dek kerana tuntutan tugas dan tanggungjawab masing-masing..
Saya pula walau tak dapat menghadirkan diri,agak teruja untuk mengetahui cerita sebuah penceritaan ,kisah sebalik pertemuan dan indahnya jambatan mahabbah..

Sunday, May 30, 2010

Salam Perpisahan..

Termaktub sudah,
28 mei 2010
semuanya telah tertulis
Dia penentu segalanya
AturanNya penuh hikmah
Terisi kepastian
Sarat dengan kedukaan
Namun aku harus redha
Perjalanan harus diteruskan
Walau terkadang tersungkur sendiri
Namun kukuatkan tekad bangun semula
Meneruskan perjalanan
Tersungkur lagi bangkit semula
Mencari kekuatan diri
Dari episod perpisahan
Kupasrah dan redha
kerna pasti ada pertemuan
pada detik yang lain...

~Tahniah kepada kak zan,agak berat menuturkan salam perpisahan..Rasa lebih suka menitipkan salam pertemuan pada kak zan..Semoga dengan perpindahan Kak Zan ke Johor Bharu menjadi titik kebahagiaan yang didambakan selama ini..Tiada lagi tempat mengadu nasib,tempat bercerita dan tempat bergelak ketawa lepas ni..Namun semuanya akan terus tercoret indah dalam memori hidupku..Terima Kasih atas segala tunjuk ajar selama ini..

2 Hari yang menjauh..

Kalau baca ayat bahasa melayu orang lain tunggang langgang rasa nak marah aje,kalau adik2 guna imbuhan men,meng dan an tak sesuai dengan ayat rasa cepat2 nak cubit..tapi title ni pun macam nak kena marah jek..2 Hari yang menjauh...apa punya ayat,Signifikannya???
Tak de apelah saje je,rasa macam best je ayat ni..2 hari yang menjauh merujuk kpd 28 dan 29 Mei 2010 sy memencilkan diri dari mana2 aplikasi sama ada facebook atau blog,kehidupan dua hari hanya ditemani N95 jek..Bukan merajuk dan tidak juga berkecil hati ianya sekadar mahu mencari ketenangan jiwa dan melepaskan segala tekanan serta mahu menghiburkan hati sendiri dengan "aplikasi" yg lain plak...

Thursday, May 27, 2010

Esok...

Walau sukar walau pahit
Ku harus menghadapinya
Akhir sebuah pertemuan kian hampir
Perpisahan..
Pedih untuk dilalui
Payah untuk dimengerti
Perit untuk diharungi..
Kerna,
Pada setiap detik ada kenangan
Wujud Kasih sayang
Ada perkasihan dlm perdamaian
Jua kebahagiaan dlm kegirangan
Malah pengorbanan dlm kesengsaraan
Namun esok penentu caturan ini
Masih bersama atau tetap bersama
Mungkin pada pertemuan yang lain
Melalui episod sebuah kehidupan...



Harus disemat dlm diri ini,
Usah ditangisi pada sebuah perpisahan
Kerana esok juga pasti ada satu pertemuan
Begitulah kehidupan adanya..
Pada setiap detik kematian
Disitu juga dijanjikan sebuah penghidupan baru
Yang bernama kelahiran
Bersemi erti kasih dan sayang
Dalam nilai cintamu ya Rabb
Begitulah selayaknya
Putaran demi putaran...
Melalui fitrah yang telah difitrahkan
Kasih Sayang sesama insan...

Tuesday, May 25, 2010

Wajah Suci

"Dikalangan haiwan tiada manusia,namun dikalangan manusia ada haiwan.."

Mungkin agak kasar ungkapan ini,

Tapi mungkin inilah yang cuba diterjemahkan media,agar kita semakin sensitif

dan terus tersentak dengan fenomena yang kian menjadi-jadi ni....

Monday, May 24, 2010

Dan bila perlu...lepaskan tension

Tak tahulah kenapa minat sangat ngn Faizal Tahir

Antara artis teratas dalam list artis yg paling sy minat

Vokal dia best,hebat dan memukau...

Faizal Tahir No 1..!!!

Bidadari Syurga

Mahu bergelar Bidadari Syurga??

Bukan sedikit pengorbanannya

Bukan kecil nilainya

Tidak terbanding darjatnya

Kesabaran jadi bentengnya

Ketabahan jadi tugunya

Keimanan pelengkap layaknya

Ketahuilah,

Tinggi maharnya disisi Allah

Mulia kedudukannya

InsyaAllah,

Syurga dambaan pasti milikmu..

Sunday, May 23, 2010

Cincin..

Alhamdulillah setelah tiga tahun berkhidmat disini,banyak sekali pengalaman dan kenangan berharga telah dikutip di SKBBSB...melalui kesukaran,kebahagiaan,keseronokan,kesedihan semua teradun indah,yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan.
Baru2 ini diadakan Majlis Sambutan Hari Guru di SKBBSB,bagi mengenang jasa dan sebagai penghargaan kepada warga pendidik,para murid tidak melepaskan peluang mengucapkan Selamat Hari Guru...Terima Kasih yang tidak terhingga..
Menyebut tentang hari guru,tidak sah jika tak bercerita tentang hadiah..Alhamdulillah banyaklah juga pemberian anak2 didik..Sebenarnya bukan hadiah yang kami mahukan,cukuplah jika anak2 berkelakuan elok,menghormati kami dan belajar bersungguh-sungguh..Itu semua sudah memadai bagi kami.Namun jika dengan cara memberi hadiah ini sebagai tanda anak2 menzahirkan rasa sayang dan cinta kalian kepada kami maka kami terima seadanya..Didahulukan dengan ucapan Terima Kasih yang tak terhingga..


Namun,dalam banyak2 hadiah saya rasa cukup terharu dengan pemberian salah seorang murid,dia selalu cakap dia susah dan sy tidak pernah meminta untuk diberikan semua ini..dengan keikhlasan hati dia memberi sebentuk cincin..Sebak didada menerima pemberian ni..Setelah beberapa tahun tidak menerima hadiah cincin..

Hakikatnya, bukan harga jadi taruhan tapi nilai kasih sayang yang cuba ditonjolkan oleh beliau kepada saya..Bukan sedikit kasih yang cuba diungkapkan,walau tidak terucap namun isi kad ini telah menceritakan segala-galanya..sedar dan amat memahami semua ini..Semoga kalian semua menjadi insan berguna,berjaya didunia dan diakhirat.
Walau badai datang melanda,akan kuteruskan perjuangan suci ini demi kesinambungan ummah dan kelestarian pembangunan untuk kemajuan agama ,bangsa dan negara..

" Kesihatan Mempengaruhi Kecemerlangan"

Amboi..amboi duk seronok cerita pasai snap2,makan2 dan shopping2..Pengisian ceramah mana???Okayla,nak cerita pasai ceramah kursus plak..Program semalam dimulakan agak lewat sedikit gara2 cikgu2 lelaki yang datang lewat..dorang datang sndiri,maklum sajelah..Saje je bikin big boss panasss..pastu selamba je masuk lewat..
Ceramah pertama dimulai oleh Encik Zamri,Pegawai Pendidikan merangkap Pengarah Pelajaran Bahasa Arab Jabatan Pelajaran Selangor.Isi ceramah lebih kepada punca2 stress ketika berkerja, ini semua berpunca dari kesihatan..Kesihatan pula bermula dari rumah..Pelbagai penyakit Kencing Manis,darah tinggi,Jantung,Sakit ulu hati juga berpunca dari makanan.Beliau menambah lagi ini semua bermula daripada hubungan,hubungan dengan Allah,hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam sekitar.Hubungan kekeluargaan merangkumi Suami dengan isteri,dengan anak-anak,dengan ahli keluarga dan ahli komuniti yang lain.Namun, isi ceramah semalam lebih banyak menghuraikan hubungan suami isteri..banyak pengisian yang tidak sesuai untuk dihuraikan disini,malah agak tidak sesuai..Sehingga ada suara2 yang berkata,ala2 kursus kahwin plak dan tidak patut dipanjang lebarkan coz ada yang belum berkahwin kat sini...Saya yang tertinggai spek tak dapatla nak menyalin apa yang terpapar kat screen..masa kat tol duta baru teringat my spek tak bawak...Maka hanya dapat disalin apa yg didengar aje..
Namun,dalam asyik duk dengar ceramah kursus semalam ada satu ayat yang betul2 menyentap sanubari saya sebagai seorang muslim..ini bolehlah diklasifikasikan sebagai hablunminallah(hubungan dengan Allah)..kata beliau "Kalau seseorang itu tidak SOLAT ujian demi ujian HEBAT akan datang BERTIMPA-TIMPA".Nauzubillahiminzalik..Moga Allah bukakan pintu hati para sahabiah(kawan2ku) yang masih lalai akan perihal ini,Ya Allah Aku Mohon...padaMu aku bermohon kerana kurasa bagai tiada kekuatan untuk menegur tentang perlu "tegaknya sebuah tiang".Spesifikasi tentang solat ni sebenarnya agak sukar untuk dihuraikan,sebab ada yang kata huhh tak tinggal solat tapi masih berzina,masih buat dosa dan masih buat maksiat..Saya pernah baca sebuah buku tentang ni,bila di tanya tentang seseorang yang sembahyang tapi masih berzina..Ringkas saja jawapan penceramah bebas tersebut iaitu orang itu sebenarnya tidak solat!
maksudnya solat bukan dengan kata sebenar sekadar melengkapkan rukuk,sujud dan salam tanpa penghayatan roh2 keimanan..
Saya bukannya perfect sangat pun,masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbetulkan.Sekadar berkongsi keresahan dan kegusaran diri dalam bab ini..sebab telah banyak bukti Allah yang sy nampak,orang yang lalai tentang ini agak susah hidupnya,walau kaya nampak berserabut,hilang keserian pada wajah..ujian datang bertimpa2,rezeki seolah2 sentiasa tak cukup...mungkin juga keberkatan dalam hasil pencarian juga turut lenyap.
Jika pengisian pertama lebih kepada pengisian rohani atau signifikasi kepada kasih sayang adalah makanan emosi..Ceramah kedua yang disampaikan oleh Encik Ansor pula menjurus kepada akta2,pekeliling penjawat2 awam..Cuti bersalin,cuti sakit,cuti kematian,cuti tanpa rekod,cuti belajar..Pastu tentang pencen dan ganjaran terbitan kepada kakitangan yang ditimpa kemalangan semasa bertugas...Semua ini telah saya dengar masa kursus KISSM (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia) di maktab tahun lepas...Hari ni just nak mengingat kembali apa yang dah dipelajari dulu..
Kursus berakhir jam 12.30 Tengahari,majlis diakhiri dengan cabutan bertuah pastu mkn2..Alhamdulillah dapat hamper..Saje je ni,pastu resah mncari-cari sapa yg sudi nak mintak tolong bawak balik hamper coz kami nak pi ronda2 KL..Kuala Lumpur menyingkap kenangan lalu..

Kursus2,Makan2,Suke2 dan Snap2..

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
Tempat : Hotel Uda Ancasa , Kuala Lumpur.
Masa : 8.00 pagi-2.00 petang
Tajuk Kursus : Kesihatan Pengaruhi Kecemerlangan
Actually,malaih sebenarnya nak mengappearance my pictures this time coz rasa macam pakai baju sama je..padahal baju batik ni baru kali kedua pakai lps knduri adik hr tu...Huhuhu ini semua gara2 nak kena ikut tema hijau..Dalam takde mood pun smpat lg snap2..xde keje..
Entah ape2,nak habiskan yg ni..azab terasa,banyak sangat makanan kt cini..


Geng2 veteran mendampingiku..cesss..takdelah,ini semua kakak2 evergreen yg kebanyakan lebih berumur dr my mum..otai2 yg byk pngalaman dlm dunia pnddkan..

Pura2 khusyuk dan tawadhuk mendengar ceramah..



Selesai sudah kursus LADAP,harap kita semua mendapat input berguna daripada apa yang disampaikan hari ini..

Ladies Only at All Time

Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur,hari ini kaki ini begitu berpeluang ke sana..Itupun gara2 ada Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di Hotel Uda Ancasa Pudu,Kuala Lumpur...Ikutkan memang malas nak beramai2 ngan ummat kat sini terutama kat Jalan TAR dan Masjid India,cz invironment tersangatlah crowded,busuk dgn asap dan keadaan yg agak menyerabutkan...Hari sabtu ahad paham2 ajelah,dengan PATInya,orang yg ramai ...Owwwhhh tidakk..
Tapi,hari ni nak pergi jugak ronda2 n pusing2 Masjid India dan Jalan TAR..Tempat yg pernah meninggalkan nostalgia indah buatku dimusim pengajian yang lalu..Sepanjang langkah menyusur laluan pejalan kaki teringat,tempat inilah pernah sy dan kwn2 makan,shopping2 dan bergambar..tapi kini semua myfrens telah bertebaran ke pelusuk negeri..Hanya kenangan dan memori itu sudi singgah dlm kotak ingatanku..
Shopping punya shopping ngn kakak2 kaunseling,beli tudung..borong sakan..Padahal belum gaji,inilah wanita nafsu membeli belah mengatasi segalanya..Setel tudung,kami meneruskan operasi menyoping ke SOGO plak,Alamak!! SOGO buat Sale..! 20%..50%..70%..xde niat pun nak beli apa2 coz belum gaji,namun bila dah melintas adusss tersangkut plak..kalau tak beli nyesal lak,tak lena nak tido duk teringat2..Last2 saya sambar gak 2 Handbag..Yahooo Puas Hati!!..Ini belum gaji,kalau dah gaji Tuhan maha tau..
Selesai segala operasi,maka tibalah masanya kami mahu berangkat pulang,tapi SOGO seolah2 tidak merestui kepulangan kami..ceawwahh..takdelah sebenarnya kami yang berat kaki nak pulang,namun kami harus pulang coz keadaan KL yg makin crowded dgn kehadiran rakyat jelata yg mahu melihat Festival Citrawarna kt Dataran Merdeka..
Kami yg dtg ngn bas tadi dengan guru2 lain terpaksa balik dengan Komuter kerana rombongan Cik Kiah yang lain dah balik kul 2.00 ptg td..hanya rombongan Cik Bedah tiga orang ni jer terlebih berkursus kul 6.00 ptg baru balik cz + dgn 'kursus membeli belah' yg takde dlm Silibus Kementerian Pelajaran..hahaha..
Ni yang nak cerita,betapa lamanya sy tak naik komuter sampaikan tak tahu sekarang dh ada perubahan baru dlm sistem pengangkutan tersebut..Sekarang telah diwujudkan perbezaan koc antara lelaki dan perempuan..Nasib baikla sy tak masuk koc lelaki..tak perasan pun tadi..rupa2nya 2 gerabak dihadapan ialah man coach dan gerabak ketiga dan seterusnya ladies coach..
Alhamdulillah inilah perubahan yang saya mahukan,tiada lagi masalah raba meraba yang selalu kita dengar,tiada lagi copek mencopek,tiada lagi bau-bauan yang kurang menyenangkan dan tiada lagi sentuhan sengaja dan tidak disengajakan..Bagi sy inilah satu2nya manifestasi dalam membela hak kaum wanita..cea..cea..macam ahli parlimen pulak..iyyaa betul,semua ini perlu agar kami rasa lebih terpelihara dan terjaga keistimewaan kami sebagai wanita yg merupakan kaum yg lemah..Syabas kerana sedikit demi sedikit suara hati kami dimengertikan dan dizahirkan apa yang kami inginkan melalui wujudnya peraturan Ladies Only at All Times..


Indahnya islam,elok ajarannya,cantik penghayatannya..Walau dalam apa keadaan sekalipun mesti kembali pada ajarannya..Inilah contoh yang paling terdekat,terasa begitu selamat begitu terbela dan insyaAllah bagaikan sangat selesa dengan keadaan macam ni...Kalau dulu,nak sampai ke satu2 destinasi bagaikan tak keruan..duk isshh..isshh...ishhh dalam hati..bercampur dengan bangla,nepal,indon la..Sekarang semuanya telah berakhir..Berbanyak terima kasih kepada hamba Allah yang memberikan idea untuk mewujudkan perbezaan coach antara lelaki dan perempuan,semoga Allah merahmati anda setiap masa diberkati hidup dengan apa yg anda lakukan,sahamnya akan anda perolehi diakhirat kelak..InsyaAllah..

Friday, May 21, 2010

adakah dia sudah berubah hati???

Dua tahun yang lalu
Kehadiranmu dalam hidupku
Begitu membahagiakanku
Kasih dan sayangku tertumpah padamu
Tangis dan rinduku hanya untukmu
Belaian manjaku
sentuhan keramatku
Usap lembutku
Marah sayangku
Hanya untukmu...

Kini,sering kudengar..apa2 dia,dia dan dia..selalu berada dengan dia,kerap keluar dengan dia dan tidur pun dengan dia..adakah Mia sudah berubah hati?? (Ceawwah soalan Jiwang banget)..geram betul dengan mia,kalau kakaknya tipon selalu takde,p mana lg keluar ngan adik iparla..pastu tito pun ngan adik ipar..Ini tak boleh jadi ni ..bisa membangkitkan kejelesan dlm diri kakak kandungnya..Sikit2 kak yan,sikit2 kak yan...
Tapi Si Izyan ni,dia punya kamceng ngan mia zaman dia cintan cintun lg..2 thn yg lps masa dorang ngan mabuk cinta,setiap kali bergayut mesti nak cakap ngan mia,Macamlah mia dah pandai cakap masa tu..pastu kalau mybro nk p Besut selalu pesan suruh bwk mia..La ni dah dia selalu ada kt umah,maka keraplah berdamping ngan mia leena..

Mia,nantikan kemunculan kakakmu tidak berapa lama lagi..Mia punye peel bila sy mula2 sampai umah..dia pandang kita semacam je..2 minit selepas tu dia pandang lagi..Mesti dalam hati dia duk pikir sapa la pompuan ni datang2 umah orang peluk orang,cium orang dan dukung orang...Proses mengingat memproses data dlm ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang,Siapakah gerangan pompuan ni??
Lima minit berlalu barulah dia ingat..Ohh manusia inilah yang selalu duk telifon hari2,tak habis2 nak dengar orang bercakap,padahal bukannya banyak pun perkataan yg org boleh cakap lagi,owwws pompuan inilah jugak selalu duk wat susu orang bila dia balik jarang2 sekali...dan pompuan nilah jugak yg tak suka bawak orang p shopping,katanya orang tak reti duduk diam penat nak kejar...OOOhhh baru ku ingat My Lovely Sister ...KAKKKK....(Kata mia dalam hati..)
~Sekadar Pengaplikasian Ilmu Psikologi Pendidikan Kanak-Kanak...+... imaginasi menyingkap luhurnya kasihku padamu Nur Damyaa Harleena~

Thursday, May 20, 2010

Selami erti KASIH dan SAYANG

Makna kasih dan cinta dalam Islam sungguh besar pengertiannya. Sebab itu, dalam konteks cinta dan kasih sayang kepada Allah S.W.T, adalah termasuk dalam perkara yang disebut sebagai "halawatul Iman" (kemanisan Iman) atau ni'mat yang sebenar. Dengan ertikata lain, keimanan yang hakiki akan tercapai apabila kita dapat meletakkan setinggi-tinggi kasih dan sayang kita kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya.
Begitu juga dalam konteks menghormati ibubapa.Islam mengajar kita supaya "birrul waalidain" atau berbuat baik kepada kedua ibubapa. Maksud berbuat baik itu bukan sahaja mencakupi perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang baik sahaja, bahkan disudut hati nurani kita mestilah tersimpan rasa amat kasih dan sayang kepada kedua ibubapa. Sebab itulah al-Quran menjelaskan kepada kita bahawa bukti dan kasih sayang kepada kedua ibubapa itu diterjemahkan kepada "walaa takullahuma uffin" atau jangan kita berkata 'uh' kepada keduanya.
Ucapan sebeginipun dianggap sebagai suatu perkara yang amat dibenci oleh al-Quran. Kerana melalui perkataan itu akan melahirkan bibit-bibit kebencian dan seterusnya melunturkan rasa kasih sayang terhadap kedua ibubapa.
Dalam hubungan kenegaraan, persoalan kasih dan cinta ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w sebagai "hubbul watan minal iman" atau cinta dan kasih kepada negara itu adalah sebahagian daripada tuntutan iman. Semangat cintakan negara ini adalah antara agenda yang diperjuangkan oleh baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat selain persoalan iman dan akidah. Perkara utama yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w ialah mempertahankan kedaulatan negara. Iaitu meletakkan dalam diri bahawa kasih sayang dan sumpah setia harus ditumpahkan kepada negara itu sendiri.

Wednesday, May 19, 2010

Hujan..



18 Mei 2010
Ujian menguji tahap kesabaran..
Tiada kaitan dengan hujan..
Tapi hujan,
Mungkin sebuah gambaran
Yang dapat diterjemahkan
Yang bisa diungkapkan
Dan mampu menafsirkan
Betapa,
Terujinya hamba Allah ini..

Tuesday, May 18, 2010

Hanya PadaMu..

Ya Tuhanku hanya padaMu


Tempat mengadu segala rindu

Limpahi ku rahmat kasihMu

Dalam tahajjud cinta bersujud

Sunday, May 16, 2010

Allah Selamatkan Kamu..

Allah Selamatkan Kamu..Allah Selamatkan Kamu...rasa2 ayat ni lebih best drpd Hepy befday..Seolah-olah kawan2 bermohon pada yang Esa semoga Allah menyelamatkan kita,perteguhkan iman kita dan perelokkan akhlak kita..
Apa2 pun selamat hari lahir kepada sahabatku Normadiha hassan..Kawan yang sering digelar sebagai kembarku ini..Semoga terus berbahagia dan diberkati Allah hendaknya..Diey, kerja kerja jugak kesihatan jangan dilupa...Moga tabah mengharungi ranjau dialam pertunangan..Sayang Kamu selamanya my beloved fren..
Hadirnya tanpa kusedari,Menggamit kasih ukhuwwah bersemi
Seluhur erti kasih 22 tahun hubungan persahabatan...

Guru Malaysia..

Sepanjang dua minggu Orientasi di IPGM Kampus Teknik Kuala Lumpur..24 jam duk nyanyi lagu ni ja..Mula2 tak rasa apa2 pun..Setelah 2 3 kali nyanyi dan diingatkan agar jaga pitching dan jangan lupa lirik..Tiba2 terasa sesuatu meresap dalam sanubari,betapa sebuah lagu boleh menyerap aura rasa seseorang dan secara tidak langsung mewujudkan rasa semangat dalam diri..Semangat untuk mendidik,membimbing dan memberi tunjuk ajar.



Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita


Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua


Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta


Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



Kini,baru kumengerti betapa besarnya pengorbanan seorang guru..Mencorak acuan dizaman langit terbuka ini lebih memberi cabaran kepadaku...Semuanya harus kutelan dan dilalui dengan sabar dan cekal hati...



Namun,ada sedikit yang menjadi keralatan sepanjang bergelar pendidik..Jika pada anak-anak didikku semuanya bisa diurus,dengan adik-adik dikampung juga ditanggung beres tapi dengan kengkawan rasa terlalu berat untuk menegur tentang "tiang itu"...Dalam banyak2 perkara yang patut dan perlu dinasihati hanya isu itu yang susah untuk diperdebatkan."Tiang itu"..Ralatnya melalui hidup tanpa menegur...Pendidik,Pembimbing,Pemimpin dan Pemberi tunjuk ajar kesinambungan Tanggungjawab yang akan dipertanggungjawabkan kemudian hari...

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru kepada Semua Warga Pendidik yang telah banyak mendidikku seawal pengenalan ABC,123 dan Alif Ba Ta sehinggalah kepada pengetahuan tentang Psikologi dan Teori Pendidikan..Menyusur galur kehidupanku silih berganti insan-insan begitu banyak budi dan jasanya padaku..Sekalung penghargaan,setulus kasih sayang dan sekudus doa buat kalian semua..Terima Kasih kerana telah menjadi guru ISTIMEWA saya sepanjang bergelar pelajar..
1989-1990 ~ PASTI al-Ansoriah
1991-1996 ~ SRA al-Ansoriah
1997-2000 ~ SMU(A) Al-Ansoriah
2001-2003 ~ SMU(A) Maahad Ahmadi,Tanah Merah
2004-2007 ~ Universiti Putra Malaysia (UPM)
2008-2009 ~ Institut Pendidikan Guru Malaysia,Kampus Teknik,Kuala Lumpur.
Sukar untuk diterjemahkan dengan kata2,betapa mulianya tugas seorang pendidik..
Tanpa jerih tanpa letih setia mendidik..
Bagi melahirkan insan terdidik
Melalui rencam yang bisa membidik
Bimbang sekali andai anak muridnya tidak terdidik
Biarpun tidak cerdik asalkan akhlaknya terdidik
Agar bisa menangkis anasir yang bisa mengherdik
Dalam roh didikan seorang pendidik....
Kesekian kalinya,
Guru,besarnya jasa kalian semua padaku..

Friday, May 14, 2010

MARAH Maknanya SAYANG..

Marah boleh didefinisikan sebagai suatu perasaan tidak puas hati yang membuak2 yang boleh mencetuskan perbalahan pertengkaran dan sakit hati...Kondisi kemarahan akan lebih nyata dan jelas bila ianya terzahir pada air muka seseorang..Seseorang yang sedang marah akan kelihatan begitu moody,susah nak senyum dan lebih kepada mengomel seorang diri tentang ketidak puasan hati yang dialami..
Marah yang ingin distresskan disini ialah Marah kerana Sayang...Nur Damyaa Harleena usia 2 tahun pun selalu kena marah sebab selalu sepah toys kat living room,kerap dimarahi sbb keluar rumah tak pakai kasut dan selalu kena tegur sebab suka tuang syampu untuk main buih2 kat bilik air...Nur Anis Sofea 8 Tahun pun kerap dimarahi sebab perlu disuruh untuk buat homework,selalu kena marah sebab basuh kasut hari sabtu serta seringkali dimarahi krn tak sangkut bj sekolah pakai hanger main sidai jer...Inilah dia Marah kerana Sayang..nak didik nak disiplinkan..Hatta Mohd Fazreen Azrie berusia 14 Tahun pun selalu kena marah sebab lepas makan dia tersadai depan tv dan kerap kena marah krn selalu buli anak buah..
Selalu marah pada anak murid yang tak bawa buku,seringkali marah pada murid yang tak hormat kita dan buat dek aje bila mengajar..Selalu membebel pada murid yang tidak beradab dan kerapkali jugak mengomel seorang diri dengan sikap anak-anakku...Semua itu kulakukan kerana Sayang..Sayang pada diri kamu,Sayang dengan masa depan kamu,Sayang dengan hari2 mendatang kamu...dan Sayang segala-galanya hanya untuk kamu..Kalau mak ayah kamu tak pernah marah tak buat homework..Saya marah sebab sy sayang..dan kalau mak kamu tak pernah pukul bila kamu berkelakuan kurang ajar,saya "beri peringatan" sebab sayang saya mungkin melebihi dari sayang mak kamu...! Marah bila tengok kamu bergaduh sebab nak jauhkan unsur2 ekstrim dlm diri kamu...Dan saya perlu memberitahu relevannya saya berbuat demikian,agar mereka memahami azimat dan keramat doa seorang GURU..dan mengetahui disebalik Marah adanya Sayang..
Pada saat ini, ruang mindaku mengingati sesuatu " Ohhh,patutlah mak nak sangat kak jd Pendidik " Kini ku sedang mengecapi bahagia setelah membahagiakan dia,oh Ibuku...

Thursday, May 13, 2010

Lahirnya Kamu Pada Detik Ini...

Selamat Hari Lahir,Selamat Hari Jadi,Selamat Hari Kamu Melihat Dunia dan pelbagai selamat lagi..Moga terus selamat dan terjaga amalanmu..Sekadar doa tulus Semoga diberkati Allah,dimurahkan rezeki,diterima amalan..Terus jadi anak yang taat dan membahagiakan maka dan abah kita...


Malu bila bergambar tapi suka jd Photographer tak bertauliah kat umah..


Gambar yang berjaya di snap!

Johnkarl Karljohn tak elok pun nama tu?? kenapa joe tak perkenalkan sebagai Mohd Faizul Bin Din aje...Dia yang pelik teramat tidak suka bergambar.Dulu masa dia kecik2 time nak ambik gambar dia pesan siap2 jangan bagi nampak tahi lalat.Macam mana nak bagi tak nampak sebab tahi lalat tu ada kat dagu...Biarla joe manis sikit ada tahi lalat..Kini,dia semakin susah nak brgambar ngalahkan orang2 tua plak..
Namun,dialah satu2nya adik yang paling mudah tolong orang dan ringan tulang..Laptop rosak,hp meragam,sinki tersumbat,antena tercabut,bumbung bocor,batang paip pecah,almari atau pintu tercabut ensel dialah tukang repairnya, juga insan yang begitu setia mengait buah kelapa untuk kakaknya dulu kini dan selamanya..
Terima Kasih Joe,untuk kesekian kalinya.

Wednesday, May 12, 2010

Hitam Putih Kehidupan...

Melalui Hitam Putih Kehidupan..berbeza penafsirannya,berlainan pemahamannya,berbagai pendekatannya..Selagi bernama manusia kita hanya mahukan yang indah sahaja..kekayaan,kecantikan,keindahan dan Kebaikan...Malah tidak mahu terpalit pun sedikit kekurangan,kelemahan,keburukan malah kedosaan sekalipun!
Melalui hari2 yang telah berlalu sedang berlalu dan akan mendatangi kita, pelbagai corak pelbagai rona melatari kanvas kehidupan...bahagia,duka,nestapa..girang,sedih..didalamnya tersimpan seribu satu pengajaran,pengalaman dan sekalung mutiara hikmah untuk dirungkai...juga segugus bunga keimanan dicelah2 dahan kesabaran..

Tuesday, May 11, 2010

Rajuk Hati...

Beberapa hari lepas saya cukup sensitif dengan statement yang ditulis oleh kawan lama..Terfikir jugak apa signifikasi sehingga beliau menyamakan saya dengan makhluk itu..Hati begitu tersentap , jiwa bergelora antara nak marah ,terasa hati dalam masa yg sama mentafsir kekhilafan diri andai ada satu dua kesalahan kita zaman sekolah dulu didendaminya..Fikir punya fikir rasanya selama berkawan takdelah kes serius yang amat menyakitkan hatinya atau pernah menyebabkan wujudnya pertelingkahan besar..Biasalah gaduh2 manja ngan kawan-kawan..
Masih tertanya-tanya kenapa dia menyamakan saya ngan makhluk tu??? siap cakap kembar saya lagi..Dua hari tak keruan memikirkannya...Orang yang disamakan ialah budak lelaki dalam kelas yang dia punya perangai Tuhan Maha Tahu...Orangnya pandai tapi suka usik orang..Seharian hidupnya mesti usik orang..Begitukah aku?? bila plak suka nak usik orang..tak sukelah nak usik2 orang ni...kita yang kena usik adalah! Habis tu kenapa dikatanya antara kami ni kembar?? budak tu mata sepet dan tak berapa nak cukup inci...Ehhh mataku tidak sepet..dan ketinggianku oklah bagi seorang wanita..Habis tu apa signifikan antara kami???
Perbualan panjang dengan seorang kawan baik 2 hari lepas menjawab segala persoalan yang berserabut..Bukan apa tak bestla andai ada satu dua kesalahan zaman kanak-kanak rebina dulu masih menjadi duri pada kawan2 lama..Rasa bagai tersangkut pulak ibadah kita...sebab zaman dolu2 kita belum cukup dewasa lagi..xpandai nak bezakan baik buruk,elok ke tidak...
Rupa2nya...Allah menyimpan begitu banyak hikmah disebalik lancarnya jari memilih my bestfriend dr Bangi untuk mencukupkan limit panggilan Free kpd mana2 panggilan celcom smpena 10 tahun bersama Celcom Postpaid pada 09 mei lps... Terungkainya persoalan..Dan sebenarnya pengertian disebalik kembar ialah kerana kami berkongsi hari lahir yang sama..31 OKTOBER 1984..Huhuhu bezanya sorang dilahirkan pagi dan "kembarku" si Ikhwan dilahirkan petang..Hahaaaahaaa..lucu plak terkeluar air mata gelak ngan my bestpren...Namun perasaan huhuhu..juga ada, sebab memikirkan kesalahan diri cepatnya bersangka buruk..Tapi kan bukannya bersangka buruk sebenarnya(huhh.. sempat lagi helah bela diri)..ianya lebih kepada proses mendetect mana salah silap kita,itu aje...sebab itulah SENSITIVITI perlu dalam diri kita..

Monday, May 10, 2010

Bisikan Suara Hati..

Sesungguhnya,
Tiada yang dijadikan Tuhan tanpa alasan
Tiada peristiwa yang dijadikan sekadar kebetulan
Tiada ciptaan sekadar mainan
Segalanya ada kaitan
Tuhan Maha Mengetahui
Pada setiap detik yang diberi
Pada setiap nikmat yang dianugerahi
Pada setiap takdir yang dikehendaki
Tiada yang kurang dan tidak bererti
Hanya manusia yang sering kali tidak mengerti

~ Suka sekali memetik kata2 insan yang pernah membahagiakan hidupku suatu ketika dulu
"Allah Maha mengetahui setiap percaturan yang ditentukan dalam hidup kita"

Sunday, May 09, 2010

Dia KEKASIH...

Dia Kekasih
Kasihnya memutih
Dia Tercinta hadir tiap tika
Dialah kekasihku,ibuku tersayang
Terasa belum puas andai tidak dititipkan sesuatu buatmu Mak
Kerna ku tahu walau seluas hamparan dunia aku menulis
Seluas lautan erti kasih kucurahkan buatmu
Walau bermusim zaman perkasihan
Itu semua belum cukup untuk membalas segala pengorbananmu padaku
Hatta jika aku diberi hayat kedua sekalipun masih tidak mampu..!!


Selamat Hari ibu buat mak tersayang Noreha Bt Awang..dari saat aku menumpang kasih dalam rahimmu,mengendongku sembilan purnama lamanya,bergelut antara hidup dan mati,bertarung nyawa melahirkanku sudi "mengurniakan" penghidupan buatku dengan izinNya..
Deritamu belum berakhir..lestari kasih seorang ibu terus bercambah dalam nilai kasih terhadap zuriatnya..saatku berusia sehari dalam rahimmu sehinggalah meniti usia remaja seterusnya dewasa nilai kasihmu kian bersemi..Melangkau usia yang kian matang,sedikit demi sedikit keluh resah jerih perih barulah dimengertikan dalam erti kata sebenar..Kalau dulu jika dimarahi hati ini sering sahaja mahu memberontak,timbul ketidak puasan hati..Tapi kini semuanya telah ku pelajari Marah ertinya Sayang..Selalu benar kata2 ini kuutuskan buat anak2ku..(anak didik).
Terima Kasih untuk segalanya Mak,Setiap hari adalah hari Ibu setiap saat jua hari bapa..Mak dan abahlah permulaan kami..Walau dibumi mana pun kami berpijak kasih kalian berdua terus kekal bersemi dalam sanubariku..Kerna kutahu kalian juga begitu,tiada lain dalam tadahan doamu hanyalah kesejahteraan,kebaikan dan kebahagiaan anak2mu seusai sujudmu...
Selalu teringat lagu Subuh Yang Terakhir dendangan Rabbani " Bilakah kali yang terakhir kau kucup dipipi ayah bonda yang tak mungkinkan terbalas budi???"

Setiap tahun kalau wish hari ibu mesti inilah balasan mesej dari mak " Segala pengorbanan selama ini Mak tak minta apa2 balasan dari anak2 cukuplah dengan akhlak dan pekerti yang menenangkan jiwa.."(latest mesej 10.15 am 9th may 2010).


Jika kekayaan duniawi masih tidak mampu membalas jasamu ibu,walau selaut kasihku belum dapat menandingi kudus kasihmu ibu dan andai hayat kedua pun belum mampu membayar segala jerih perihmu ibu..Ini sahajalah yang mampu kulakukan "Ya Allah Ya Tuhanku Ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku..Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sejak ku kecil"


Berbuat baiklah kepada ibubapa kita,selama hayat mereka masih ada..dan apa yang perlu tahu dan patut diketahui bahawa "Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan AyahIbu.."

Saturday, May 08, 2010

Sentiasa Mahu Jadi BAIK..

Melalui rencam hidup adakalanya sering membuat kita lalai selalu membuat kita lupa.Juga alpa dalam menerobos lorong yang penuh dugaan..berliku jalannya,dihimpit sang penghasut ke lembah dosa didampingi si murabbi kearah jalan yang lebih baik..Namun saat tersentak cepat2 lah bertaubat.Bimbang juga andai Dia tarik balik nilai sensitiviti, yang mana dosa sudah tidak dianggap sebagai satu kesalahan lagi..Terus menerus dipandang enteng..
Sentiasa mahu jadi BAIK
Sebab kurasa belum cukup BAIK
Ingin jadi LEBIH BAIK
Perlu jadi BAIK dulu
Mahu Jadi TERBAIK
Harus usaha SEHABIS BAIK
Lakukan BAIK-BAIK
Sebab Dia hanya suka yang BAIK
Pilih jalan dan cara TERBAIK
Bagi menilai dan memPERBAIKI diri
Membentuk corak dan jalanan hidup yang BAIK
Bermula dari kesinambungan akhlak orang yang BAIK-BAIK
Moga perolehi KEBAIKAN dalam penerokaan sesuatu yang BAIK

Wanita,
kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu pelengkap hubungan manusia
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi..


~Hakikatnya hiasan adalah sebagai penyeri yang memberi seri sebuah kehidupan,keserian haruslah berunsurkan sesuatu yang indah..Namun kusedar dan sering kubertanya dalam diri.."Layakkah aku digelar hiasan dunia??" Jauh sekali darjat itu dari lunas hidup yang kulalui..bagai terencat darjat itu pada palitan dosaku..khilaf dalam tutur kata,alpa dalam pergaulan,yang kusedari yang tidak kusedari,yang tersembunyi dan juga kesalahan yang dipandang bersahaja...banyak sekali kealpaan dan harus cepat2 memetik suis keinsafan.Semoga sensitiviti terus menerjah halus ke ruang hatiku dalam mencari damai sebuah kehidupan..

Azimat Ibunda..

Merungkai makna disebalik ayat:

Menumpang disegenap ruang yang ada dilubuk perkasihan
Begitu indah setiap detik didalam rahimmu
Sehingga teramat asyik setiap saat dipangkuanmu
Keperitan itu kau rasa indah demi anakmu..


Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
Segaris luka dihati ibu kerna kederhakaan
Tertutup pintu syurga Jika tiada keampunannya
Azimat ini kutanam dilubuk hati yang dalam...


~Alhamdulillah kerna telah diberi ruang dan peluang,menumpang berteduh,meneguk kasih dalam aura cinta percambahan dua hati antara mak dan abah...kelestarian kasih dua insan yang amat aku hormati ini maka terciptalah insan ini...melalui saat bahagia bermula dari rahimmu ibu sehingga aku dilahirkan..Lewat waktu ini masih merasa hangatnya kasihmu , tulus kudus pengorbananmu melatari rona silamku juga saat kedewasaanku..Oh tingginya nilai kasihmu IBU...

Friday, May 07, 2010

Luluh Hatiku..

Tiga minggu yang lepas di kantin Sekolah...


Kak Mai : Fara,mehla tengok gambar kat paper ni??


Sy : Gambar apa kak Mai??


Kak Mai : ni gambar ni ha...
Belum pun sempat kak mai nak tunjuk front page,sy dh nampak sipi2..


Sy : Uhh..tak nak tengoklah kak mai kita dah tengok sebelum ni yang kena hurung semut..tak mau tengok nanti teringat2..sedih..


Kak Mai : Ishhh Fara yang takde anak tak boleh tengok,akak ni lagilah terasa. tengok benda macam ni terbayang kat anak kita...


Sy : tak boleh kak memang tak boleh dah la dia fokus dekat kat baby tu..saya takde anak tapi saya ada adik...tak boleh nak imagin..huhuhu tak boleh..


Tergamaknya manusia yang yang Allah kurniakan akal fikiran memperlakukan makhluk yang sama taraf dengannya macam ni..dimana letaknya nilai kemanusiaan?? dimana nilai ehsan sesama insan?? Luluh hati setiap kali membaca kisah pembuangan bayi ni..macam satu pesta pulak..Sekarang pesta membuang bayi ni makin bermaharajalela..Hari-hari ada aje terpampang didada-dada akhbar..Sedih pilu menatap tubuh kecil yang tidak berdosa terdampar dilembah hina didalam longkang,tong sampah ,loji kumbahan dan pelbagai tempat yang menggambarkan seolah2 manusia hari ini kian ketandusan nilai kemanusiaan..


Janganlah kerana kasih tersasar tujuan hidup..dan Janganlah semakin melangit ilmu duniawi makin terhakis nilai keagamaan dalam diri kita...juga tidak mahu terus menerus melakukan dosa..Dosa oh dosa..Selepas zina seterusnya Membunuh..!! Kenapalah segelintir ummat ini tidak terus tersentak selepas dosa yang satu?? Tapi lain pula jadinya,tersentak juga tapi dek kerana malu..bukan malu pada Allah tapi malu pada masyarakat sekeliling..dan ketika itulah datangnya makhluk yang memang dia punya peranan ialah menyesatkan anak2 adam iaitu Syaitan...Bisikan demi bisikan bagi menutup aib sendiri dan aib keluarga..Akhir sekali terjadilah pembunuhan,sama ada pengguguran atau dibuang sahaja bayi yang telah cukup sifat..
Nauzubillah,sebab itulah perlunya ilmu agama dalam diri bagi menangkis semua unsur2 macam ni..Tapi ada juga orang cakap uhhh..budak belajar agama pun macam ni jugak..itu mungkin ada somethingwrong dengan dia punya iman..Siapalah kita untuk mempertikaikan keimanan seseorang,hanya Allah jua Maha Mengetahui segala apa yang terselindung dilangit dan dibumi..

~ Tiada apa yang kuharapkan , jika hari ini kita kelihatan begitu baik..Belum diketahui musibah dan ujian apa yang Allah nak turunkan pada kita..Apa yang kuharapkan kurniakanlah kekuatan iman,ketenangan jiwa dan keindahan pekerti serta terus mengharap dambaan Kasih dariMu ya Rabb...

Thursday, May 06, 2010

Kenapa Boleh Lupa ni??

Ishhh..ishhh,kenapala boleh tertukar hari..mati2 hari ni ingatkan hari jumaat.Dari semalam lagi sebenarnya dah set dikepala hari ni hr jumaat..huhuhu.
Balik shopping semalam 7.35 malam baru sampai ghumah..siap2 untuk solat maghrib pastu buka laptop jap...x sempat nak baca Yassin dah azan isyak..betapa pantasnya masa berlalu..takpela habiskan Yassin dulu, in my mind tomorrow is friday,so tidak dapat tidak mesti lengkapkan amalan sunat malam jumaat..
Subhanallah hambamu masih lupa sampailah ke pagi...nak solat subuh dah nampak jubah untuk hr jumaat tergantung tepi almari.alaa jubah lum iron lagi,tapi semalam dah iron baju kenapa nak iron lagi?? Rupa2nya masa tu baru ingat bahawa hari ni baru hari Khamis..huhuhu..betapa terbatasnya ingatan kita,kejap aje kalau DIA nak tarik nikmat itu..
~Segala yang ditulis jauh sekali berniat untuk mendabik dada atau menunjuk2..sekadar perkongsian penulis dalam menjalani liku hidup seikhlas adanya...wallhua'alam

Wednesday, May 05, 2010

Siapa Kita Untuk Menyangkal Fitrah..

Jangan dipersoal
Usah ditanya
Tidak perlu terus mengasak
Pandailah kami menghadapinya
Siapa kita untuk menidakkan FITRAH
Namun berikan daku sedikit masa
Melalui saki baki frasa
Sebelum berubahnya rasa
Agar kalian juga terus merasa
Saat bahagia yang kian ber"dansa"
Dalam akur redha aturanNya...

Tuesday, May 04, 2010

"Adik,Tolong sampaikan pesanan kakak"

Kakak kite kan peshan kat kite dia shibuk shangat dengan beberapa hal yang perlu dishetelkan..Urushan meeting la,urushan bank la..Keshiaan kat kakak kite manyak keje nak kena wat...Shampai dah lama dia tak tipon kite..shibukk benar kakak kite,tak shempat nak dengar kite shebut ABC,123 dan Alif Ba Ta...juga tak sempat nak dengar perkataan2 baru yang kite dah pandai shebut..Kak,bila kak nak dengar adik shebut feyog,fishhh,teger,duck,ai teyyen(frog,fish.tiger,duck dan ice cream)??

Monday, May 03, 2010

kangen banget sama kalian...

Teringatnya zaman kegemilangan persahabatan kita..membesar,belajar,menangis,ketawa dan bermain bersama..Tapi kini semuanya terpisah lantaran komitmen dan tanggungjawab masing2..Apapun kudoakan semoga kalian semua berbahagia dengan perjalananan yang panjang ini..Semoga perjalanan yang sukar ini membuatkan kita semakin berhati2..Sahabat,walaupun perjalanan ini sukar namun kita akan merintisnya perlahan-lahan..
HASNIDA DAUD
Kini bahagia bersama suami dan seorang putera di Banting,Selangor..

MAZNAH YUSOFF
bakal mengakhiri zaman kebujangannya dengan tentera laut awal Jun ini..

ROSLIZA ARIFFIN
Berkhidmat sebagai Guru Tadika di Bangi.

NIRA CHE HASSAN
Berkais-kais di Puchong...

~ eh macam nak promot kawan lak,takdelah saja je duk tengok2 gambar dorang sume ni rasa rindu laks..lama sangat tak jumpa...apa khabar dorang ye?? terutama nida tu,dah tambah bilangan ahli ke??apa2 pun pada sahabat2ku moga berbahagia selalu,sentiasa diberkati Allah,diterima segala amalan dan terus dimurahkan rezeki~

Saturday, May 01, 2010

TAKUT bukan BENCI,PENYAYANG tapi GELI..


Rasa nak marah sangat pada pasangan suami isteri ni,tak taulah plak suami isteri ke pasangan kekasih..Setiap kali jumpa,subhanallah dia punya pandangan macam nak telan orang.macamlah orang nak ambik sangat pakwe dia..Dahtu plak pagi2 dah ada "tembakan gas pemedih mata" pada tayar keta dan grill umah kami..Eeiii gerammmnya,hari2 bila terserempak ada aje pandangan sinis dengan renungan yang tajam..kadang2 tertanya gak apa salah kami sebenarnya sampai kalian begitu berdendam dengan kami..Kami tak pernah pun sakitkan hati hampa berdua,jauh sekali menghina atau memperlekehkan kalian..Balik kerja pun hampa sakitkan hati kami lagi,kami tak pernah kisah kalau kalian berdua mahu masuk ke laman rumah kami tapi janganlah tinggalkan kesan yang menjijikkan sebagai "buah tangan" untuk kami.kami tak nak semua tu...


Memang kami surrender dan kami takut pada kalian berdua,takut bukan bererti kalah..mengalah bukan bermakna salah..tapi tidak mahu menzalimi sesama makhluk...Kesabaran kami juga ada batasnya,sudah2 la,kami dah penat mencuci "hasil mahsul" kalian berdua kat belakang ghumah..Kami bukan benci sebenarnya tapi kami takut..Takut kalian suami isteri gigit kami..nampak kalian dari jauh kami dah tunduk membisu,betapa beralahnya kami mahukan titik perdamaian antara kita tercipta...


~Demikianlah sketsa hidup antara manusia dan haiwan..huhuhu ada dua ekoq kucing kat umah kami tak taula kitton ke kittoton,rasa2nya cam suami isteri..nanti nak buat ujian DNA dulu.dia punya habit setiap hari suka sangat kencing kat tayar dan grill umah kami..Sy ni plak salah seorang makhluk Allah yang ada kat muka bumi ni yang takut sama kucing...nampak kucing dari jauh dah meremang bulu roma,takutttt..kalau dia datang dekat lagi takuttttt..kalau time makan nampak kucing dah mula rasa geli dalam tekak..sat g tak habislah makanan..sebab tekak dah rasa kembang tak buleh nak telan..Sebab tu sy rasa one miracle if somebody buleh pegang,peluk cium dan tidur ngan kucing..betapa itu semua anugerah tak ternilai yang Allah berikan pada mereka dan tiada pada sy...huhuhu...Tapi kan,kadang2 pelik jugak ngan 'mr cat' ni..dalam banyak2 meja dia mesti mai meja kami..mengiau-ngiu tergedik2 kt kaki...orang kata kalau kucing suka mengiau2 mai dekat kita,kita merupakan orang yang penyayang..memanglah sayang tapi geli,kegelian mengatasi segala2nya..malu gak kat teman2 kalau ada kucing, kita dah rasa resah gelisah,ada yang perasan tanya "kenapa yang takut sangat kucing ni??" ~ jawabku " geli sebab dia berbulu..huhuhu"


Alhamdulillah,walaupun takut belum pernah sesekali menzalimi makhluk Allah yang satu ni,kerna kutahu dia juga berhak menghuni maya ini dengan penghidupannya sendiri...Alahai kucing...kucing..haiwan kesayangan orang lain tapi cukup menjadi trauma buatku..huhuhu..

Haa,betapa fobianya ngan kucing..letak kartun kucing dahla sat g takut ada yang geli geleman dan tak lalu nak makan lak...try tengok dia punya senyuman..macam nak perli orang jekk..!!

Dahulukan niat kerana DIA...

Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua pekerja,tak kiralah apa2 kerja atau profesion yg anda ceburi..Apa yang penting setiap sen dan setiap inci rezeki yang masuk dalam mulut kita berasaskan sumber yang halal lagi suci tanpa sebarang unsur yang meragukan..Apa2 pun ini semua lebih kepada peringatan kepada diri sendiri,sebarang kerja atau komitmen yang jitu terhadap periuk nasi kita, yang terutama sekali harus disematkan niat hanyalah kerana Allah,selebihnya akan menyusul bersama untuk kesinambungan hidup,pembangunan dan kemajuan agama bangsa dan negara...Wallahua'alam..