Pages

Friday, July 31, 2009

Rinduku terlerai gak akhirnya...

Lama bebenar aku tak up date blog ni,nak wat camne balik kampung.malas nak angkut benda alah ni balik kmpung walau ku tau aku memang tak boleh berpisah denganya..Apa yang au tahu aku nak balik kampung cz rindu sangat pada mak abah,adik beradik na ank buah..



3 hari balik kampung best giler2 rasa,sebenarnya cuti 2 hari je 1 hari lagi cuti sendirian berhad,demi family ku rela korbankan segalanya especially demi melepaskan rindu dendam buat baby mia leena.



Hari pertama makan buah2,rambutan durian lps tu p petik sayur2 kt belakang umah kt kebun abah.Rasa macam zaman kecik2 lak,dulu abah memang suka sangat nanam sayur pastu sibuk ngan bisnes abah tak sempat nak nanam2 sayur.



Lepas habis kursus haji bulan lepas abah kembali dengan hobi lamanya best sangat skang kt belakang umah.Tapi sory la x smpat nak candit2 kt kebun abh..balik len kali nk candit byk2 ngan pokok kacang,cili,terung ,kangkung.Rasa x saba nk balik 21 ogos ni.



Hari kedua sibuk p beli brg2 brtunang adik lak.Eeeii saat begini serabut lak,jiran2 duk tanya kakak bila lak nak kawin?? ni la soalan yang paling yang menyerabutkan minda dan nuraniku..Tapi aku selalu jawab tunggu masa dan saatnya akan saya invite sume,muaha...lantas aku meminta diri p ke dapur.macam tu la situasi aku apbla disoal dengan soalan sedemikian.



Hari ketiga lak,apa lagi "Dr saya sakit kepala,migrain.Buat MC untuk sy"..Emm dah tau dah nak mintak MC...muahaha,hari ke3 kan cuti sdn bhd,lpas ni x wat lagi.Tapi lau balik kg memang susah nk p KL balik sayang k tinggai umah.



Malamnya bertolak p KL ngan my bestfriend...huhuhu..demi tugas ku rela berkorban.

Tuesday, July 21, 2009

Selamat Hari Lahir...

Selamat hari jadi,selamat hari jadi,selamat hari jadi ra ra,selamat hari jadi…

Selamat hari lahir yang ke 26 tahun, Moga terus berada dibawah lembayung rahmatNya…Didoakan moga dimurahkan rezeki dan yang paling penting dicepatkan jodoh.Tak gitu? Maklumla dah 26 tahun.
Dikesempatan ini, diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjadi sahabat , rakan dan temanku yang sentiasa mewarnai dan menyinari perjalanan hidupku.

Terima kasih juga kerana sabar melayani karenahku sepanjang kita bersama…

Nira,sahabatku dunia akhirat,

Indahnya saat itu, saat kita sama-sama berjuang untuk sama-sama ke menara gading. Bermula dari SMU (A) al-Ansoriah , Maahad Ahmadi.Disinilah kita mengenal erti sebuah pengorbanan dan keikhlasan dalam persahabatan.

Alhamdulillah kita sama-sama berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan terus lagi bertungkus lumus menelaah pelajaran.Apa yang pasti , aku lebih bersemangat untuk terus berjuang kerana adanya dirimu teman…

Memang kau terlalu istimewa buatku, kerana dikala aku dalam kesedihan kau datang menenangkan aku.Adakala semangatku hilang, kau datang meniupkan semangat buat diriku…Kadang-kadang aku sukar mengawal kemarahan kau menyabarkan aku.

Apa yang paling penting , apa-apa saja rahsia atau masalah yang aku alami buat setakat ini kaulah orang pertama yang aku ceritakan…Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar yang setia…

InsyaAllah kita akan terus menghargai antara satu sama lain dan akan terus menjaga persahabatan ini hingga akhir hayat…

My Best Friend…

Sahabat selamanya..
Noor Farawahida Bt Din

Dari Lubuk Hati...

Dikala ini ku termanggu sendirian mengenangkan nasib diri yang belum diketahui pasang surutnya.Namun jauh disudut hati ini aku rasa amat bersyukur dan bahagia dengan segala takdir dan ketentuan Tuhan dalam semua percaturan hidup yang telah Tuhan tentukan untukku.

Dikurniakan seorang mak yang amat penyayang dan tahap kesabaran yang amat tinggi,sehingga kadang-kadang aku sendiri rasa amat takjub dan sesekali dihati ini terdetik sememangnya Allah itu maha Adil kerana dalam masa yang sama aku juga dianugerahkan seorang abah yang garang dan bertanggungjawab.Mak ketahuilah anakmu ini amat menyayangi diri mu sepenuh hati,InsyaAllah selagi hayat dikandung badan akan aku balas segala jasamu walaupun ku tahu ianya tak mampu ku lakukan.Alhamdulillah segala didikanmu menjadikan aku seorang manusia…ya manusia yang akan membahagiakan mak dan abah hingga ke akhir hayat.Ku sedar selama membesarkan aku banyak benar perkara yang mengguris hati kalian,namun begitulah hati seorang yang bernama mak dan abah tetap jua sabar dan tabah menghadapinya..Walau aku belum lagi bergelar seorang ibu,aku merasakan perasaan keibuan itu amat dekat dengan diriku…

Ini semua lebih kurasakan,terutama sekali bila mengingatkan detik-detik indah yang pernah aku lalui bersama mak.Segala kasih sayang,jagaan,keprihatinan,didikanmu tentang agama.InsyaAllah terus tersemat dalam diriku.Mak,dalam tawa bahagia yang kita kecapi bersama,kadang-kadang keluarga kita jua pernah diragut sendu dengan pelbagai ujian dan dugaan dariNya.Namun mak sabar menghadapinya.Mak juga selalu mengingatkanku Allah memberikan kita Keni’matan dan Dia juga memberikan kita Kenikmatan untuk mengingatkan kita dari terus lupa padaNya.Maknanya Allah memberikan kita pelbagai ni’mat kurniaan,kebahagiaan,rezeki yang melimpah ruah dan dalam masa yag sama Dia menguji kita dengan musibah dan bala.Ini semua tidak lain dan tidak bukan mengandungi hikmah dan kebaikan yang tersembunyi.Apabila berlaku sesuatu musibah barulah mencari sang Pencipta untuk mengadu nasib agar diampunkan segala dosa-dosa yang telah lalu.Ketika itu barulah manusia ini akan insaf dan merasakan hina dan kerdilnya diri.

Segala pesanan dan kata-kata azimat yang pernah mak tiupkan ditelingaku terus menjadi pendamping dikala susah dan senang..Apa yang masih lagi aku usahakan ialah untuk menjadi manusia yang lebih sabar dan terus mewarisi teladan yang terpuji dari dirimu mak.Kadang-kadang aku juga bimbang apabila mengingatkan satu hadis Nabi “Sabar itu separuh daripada Iman”risau juga kurang rasa sabar ni akan mengikis keimanan dalam diri..”Ya Allah,Kurniakanlah kesabaran dalam diriku dalam menghadapi apa jua ujian dariMu”

Tidak lupa sekalung doa kumohon kepadamu Ya Rabbi,moga abahku juga berubah menjadi seorang yang penyabar dan tidak cepat marah.namun apa yang aku perhatikan semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini abah menjadi seorang yang sabar dan kurang marah,mungkin ini semua berkat doa dari mak di setiap kali penghujung solat.Kesyukuran yang tidak terhingga dianugerahkan abah yang amat penyayang kepada semua anak-anak.Bertanggungjawab dan sentiasa memikirkan untuk kebahagiaan anak-anaknya..Terima kasih diatas segala jasa dan pengorbananmu abah.Apa yang ku perhatikan selama 24 tahun menjadi anak abah,abah ni sebenarnya seorang yang lembut hati dan amat mudah menitiskan air mata.Kasih sayang abah pada anak-anaknya sememangnya tidak berbelah bahagi..Begitulah kurniaan Tuhan pada hambanya tidak semuanya sempurna,Ini semua untuk melahirkan rasa syukur kita kepada si Pemberi.Terima kasih abah diatas setiap suapan rezeki,limpahan kesenangan dan selautan kasih sayang yang abah berikan kepada kami adik beradik..InsyaAllah sehingga ke detik ini tidak pernah sunyi diakhir solatku “ Ya Allah Ya Tuhanku Kasihanilah kedua ibubapaku sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecil”.

Bertemu kembali pada tahun ni...

Alhamdulillah dia datang lagi,aku masih diberi kesempatan berjumpa dengannya.Sebelum tu aku harus melalui Rejab,Syaaban barulah bertemu dengan Ramadhan.Namun dalam tiga2 bulan ini telah Allah sediakan hikmah dan barakah yang hanya akan diperolehi oleh orang2 yang benar2 beriman dan beramal soleh.Pintu taubat Allah itu sentiasa terbuka untuk hamba2nya yang sentiasa bermohon akan hidayah Allah.
Amalan-amalan di bulan Syaaban
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban
Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

Moga tercapai hasratmu TEMAN...









  • Moga termakbul apa jua yang dihasratkan:

    - Norida Mohamad Zafri,moga cepat2 timang anak.



  • - Norlida Mohammad,Harapan moga majlis pernikahan


  • kak da berjalan lancar pada 08 ogos nanti


  • - Normah Waris, Moga ketemu jodoh tahun ni le org p KKB..

























Monday, July 20, 2009

Kakak sayang abah...


Semenjak dua menjak ni rinduku pada family tak dapat nak bendung lagi.especially abah,kangen bangat kat abah...minggu lepas kul 7 pagi lagi abah tipon .Takde len abah tanya "kak nak balik bila nak makan buah-buahan ngan adik2? Terharu benar kak rasa,rindu sangat abah pada kak,kak pun macam tu bah rindu sangat pada abah,mak n adik2 lain.."Nantila bah kalau tak sibuk kak balikla" jawabku...

Lastweek aku memang sibuk sangat ngan kursus,program bdk2 thn 6 n mesyuarat AJK PIBG.Minggu ni aku tak kira nak balik sangat2,tak boleh nak tahan dah.Bagiku keluarga adalah segala-galanya..Walau dimana jua aku berada,tautan kasihku tetap utuh buat mak,abah n adik beradik nun jauh di bumi Tanah Merah Kelantan.


Abah,Seorang insan yang amat aku kagumi semangat juangnya..Walau kadang-kadang 'kebekengannya' bisa menakutkan kami anak2,namun sikap garangnya itulah menjadikan aku seorang manusia mengenal apa itu perjuangan dalam sebuah kehidupan..Abah memang seorang yang berjiwa kental,bersusah payah membangunkan perniagaannya berbekalkan semangat dan usaha membuatkan aku betul-betul kagum dan takjub dengan semangat yang ada pada abah.Alhamdulillah berkat usaha abah kami anak2 merasai kebercukupan rezeki dan sedikit kemewahan yang insyaAllah membuatkan kami lebih bersyukur.


Abah dulu,

Tetap sama,tapi dulu aku cukup takut dengan abah.tak tau la kenapa takut benar ngan abah.Sebab dia 'bekeng' sangat kot.Kami adik beradik memang kecut perut terutama masa abah tengah serabut,pantang buat salah mesti kena marah.Walau garang tapi abah memang penyayang dan bertanggungjawab.Masa kami kecik-kecik memang rapat giler la ngan abah ,mana ada abah disitu ada anak2 dia yang umur 2 or 3 tahun.Abah suka bawak p jln2 nek motor,p mkn2...Memang best gilerla wktu tu.Walau abah garang tapi kami anak2 mesra ngan abah..yang paling best setiap kali p bandar nak lintas jalan abah pimpin tangan n pegang kepala.Rasa kasih sayang abah pada kami amat melimpah2. Rindu sangat saat itu..


Abah kini,

Sekarang abah tidak segarang dulu,sporting giler la ngan anak2 tapi tetap tegas.aku rasa dulu pun bukannya garang sangat cuma masa tu kita kecik skema cikit.Sebab abah tak pernah pun pukul kami.Marah tu biasala nak mendidik,itula peranannya sebagai ketua keluarga.Apa yang pelik antara aku ngan abah ialah setiap kali aku yang kat KL ni demam,tang tu jugak abah demam.Selalu macam tu..aku je antara adk bradik len,mybe kami punya chemistry kuat..Apa yang aku perhatikan masa aku dok blajar kat UPM lg cam2 smpaila aku dah keje.lebih kurang 7 tahun kebelakangan ini..lau aku duk kt umah bolehla kata berjangkit,tp aku kt KL abh kt Kelate...Jeng je jeng,semua ni kuasa Allah...


Alhamdulillah,aku amat-amat bersyukur padaMu ya Allah kerna dikurniakan insan bernama DIN BIN ISMAIL yang lahir pada 15 JANUARI 1954, sebagai abahku...Pemimpinku dikala aku buntu memilih hala tuju hidupku,Pelindungku diwaktu kesusahan dan kegetiran melanda..Pendampingku disaat aku kebingungan dan keresahan,Penenang jiwaku ketika aku dilanda gundah gulana.Terima Kasih diatas curahan kasih sayangmu..Selaut pengorbananmu buat kami..


Monday, July 13, 2009

Happy Bufday...



Selamat Hari Lahir Buat sahabatku Syara Bt Ismail

Moga berbahagia dalam kehidupan berkeluarga.Jaga baby baik-baik ya.Moga jadi ibu yang mithali...harapan moga ukhuwah yang dibina berkekalan sampai akhir hayat.Ingat diriku selalu..
Ya,ni je hadiah yang
mampu ore bagi
tahun ni.Nak yang lebih grand
mintak ngan abe diey.
"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Saturday, July 11, 2009

Rindu pada kalian...














Tika saat itu...









Kenangan indah bersama teman-teman di Institut Pendidikan Guru Malaysia , Kampus Teknik Kuala Lumpur.
"Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"






















































Tiada lagi ertinya pengucapan,andai akhir nafas dihujung helaan..


Bicara Seorang Hamba…

Mak abah,huluran terima kasih yang tak terhingga diatas curahan kasih sayang serta selaut kasih sayang dan pengorbananmu pada kami adik beradik.Teristimewa sekali abah,sekalung penghargaan buat abah tersayang diatas segala jasa dan baktimu membesarkan kami… segala pengorbananmu akan ku kenang sepanjang hayatku,seterusnya akan mengajar aku erti sebuah kasih sayang.Buat mak tersayang,kaulah ibu yang tabah,apa jua halangan dan dugaan yang datang menerpa kau tetap tabah menghadapinya...Moga kalian berdua tergolong dikalangan insan yang
mendapat rahmatNya.InsyaAllah…

Seuntai kata penuh berhikmah…
Usiaku kini hampir menjengah keusia 24 tahun.Pelbagai suka duka telah aku tempuhi dan aku lalui…Bila dikenang kembali disebalik suka dan tawa riang serta limpah rahmat yang maha Esa kepada kita sekeluarga terselit jua seribu satu dugaan dan ujian yang kadang-kadang bisa menggugat kesabaran kita.Itulah hikmah diciptakan manusia adalah untuk terus berfikir dan seterusnya memuhasabah diri dengan setiap kejadian Tuhan.Dan bukti yang paling jelas sekali sesuatu ujian itu akan membuatkan kita lebih bersyukur dan menghargai apa jua kurniaan Tuhan…Kini aku semakin matang dalam meneruskan hidup, ,setiap ujian yang mendatang dipandang dari sudut positif.Dalam al-Quran jua ada menyebut “Allah tidak akan membebankan seseorang hamba,selagi hamba itu mampu memikulnya…”Anggaplah segala ujian itu adalah tarbiah dan pendidikan dari Allah untuk mematangkan diri hambaNya seterusnya kita tidak terus kufur ni’mat…Nauzubillah,Ya Allah jauhkanlah aku dari sikap sedemikian…Aku tahu dan aku juga sedar setiap sedutan nafasku tak lain dan tak bukan semua datang dariMu yaAllah,aku jua sedar malah tahu bahawa hidupnya aku hari ini adalah berpunca dari rezeki dariMu,malah aku juga arif, sedikit ilmu yang ada padaku jua datang dariMu tak terbanding dengan ilmuMu yang terbentang luasnya..

Ya Allah, jika disorot kembali perjalanan usia banyak sungguh dosa dan kekhilafan telah dilakukan.Dari pancaindera yang lima dah berderet dosa yang aku lakukan ,itu belum dikira dengan tangan dan kaki lagi…Mata ini meliar saja melihat perkara-perkara mungkar dan melalaikan, mata inilah juga selalu menjeling kat orang lain…kenapa aku alpa? Mulut, ni yang paling takut nak tulis ni.Dah berpuluh kali baca dalam buku mengumpat umpama makan daging saudara sendiri tapi mulut ni degil nak juga mengumpat dan mengata orang.Makin ramai makin syokla dia megeluarkan butir bicara..Ya Allah, banyak sungguh dosaku yang sengaja dan tak disengajakan…Apakah masih terbuka pintu keampunanMu padaku?

Sedikit amalan bolehkah menampung timbunan dosaku ini?
Solat hajat sepanjang malam,Khatam al-Quran dua kali setahun, bersedekah yang jarang-jarang sekali,puasa sunat yang kadang-kadang bolehkah menghapuskan segala dosaku? InsyaAllah berpegang pada ayat, Allah maha Pengampun,akan kuterus memohon keampunan dan rahmat dariMu, moga dihapuskan dosaku yang terdahulu,ampunilah dosa kedua ibubapaku “kasihanilah kedua ibubapaku sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecil…
Ya Allah kuatkanlah imanku,kukuhkanlah peganganku.Jauhkanlah aku daripada perkara sia-sia dan melalaikan…peliharalah jiwa ini agar menjauhi perkara ysng lagha dan tidak memberi apa-apa faedah.Sematkan dalam hati setiap yang kita lakukan ikhlaskan diri niatkan kerana Allah Taala…Sunyikanlah aku dari sikap menyombong diri dan riya’.Sesungguhnya setiap apa jua yang aku kecapi hari ini adalah datang dariMu.Sekali lagi dipanjatkan kesyukuran yang tak terhingga…Sehingga detik ini aku masih mampu bernafas, menghirup udaraMu, berdiri diatas bumi CiptaanMu…Ya Allah banyak sungguh limpah kurnia dan rahmatmu padaku…Moga aku terus tergolong di kalangan umatmu yang bersyukur.

Takut benar aku tatkala membaca buku 70 dosa besar, yang mana ada menyebut Allah tidak akan bercakap dengan tiga golongan iaitu orang tua yang berzina,pemimpin yang bercakap bohong dan si miskin yang sombong…Moga kita tidak tergolong dikalangan mereka…itu belum lagi disebut seksaan kepada orang yang berzina, meremang bulu roma aku.Takut sungguh dengan azab Allah…Tambahan pula dunia akhir zaman ini penuh dengan perkara-perkara yang melalaikan.Nauzubillah moga aku adik beradik,sahabat handai dan saudara seislam denganku dijauhi daripada pelbagai ancaman dan anasir dari barat yang tak pernah sunyi untuk melalaikan umat islam seluruhnya…Sesungguhnya hanya dengan iman dan jati diri yang kukuh sahajalah yang dapat menangkis semua cabaran ini.



Engkaulah Ratu Hatiku..






















10 Julai,Hari lahir mak tersayang.Selamat Hari Jadi mak...Jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbananmu dalam mendidik dan membesarkan kami anak2.Moga mak terus tabah menghadapi apa jua dugaan dan ranjau dalam hidup ini.Harapan moga mak dan abah terus diberi kekuatan untuk beramal ibadah seterusnya akan sentiasa dipayungi barakah dan rahmat dari Illahi." Ya Allah Ya Tuhanku kasihanilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecil..." Alhamdulillah sehingga ke saat ini aku masih mampu menikmati nikmat teragung yang Engkau berikan padaku ini..Ya limpahan kasih sayang dari mak ngan abah merupakan kurniaanMu yang paling berharga yang pernah aku kecapi dalam hidup ini.Ketabahan dan kesabaran mak akan terus aku jadikan sumber inspirasi bagi meneruskan kesinambungan perjuangan hidup yang mendatang...

Friday, July 10, 2009

Sepanjang musim lalu



Kenangan Makan Malam Restoran Santai
Tasik Permaisuri
04 Julai 2009
(Jumaat)
"Sahabat wujud dari 1 pertemuan dengan 10 pertanyaan,100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta sejuta kali perjuangan dengan satu keikhlasan atas keredhaan Allah SWT..."

Thursday, July 09, 2009

Kenangan Yang Terindah..




Kenangan Kursus Biro Tatanegara di Felcra Tebing Tinggi,Segamat Johor.
(13 Jun-17 Jun 2009)


Kangen Bangat!!!





NUR DAMYA HARLEENA
Rinduku padamu sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata..Tak sabar rasa nak balik tengok baby mia..

Terima Kasih Teman...

Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat sahabat yang sorang ni.Selama setahun setengah kita kenal, diriku telah banyak menyusahkan dirimu.Walaupun lambat lagi nak raya tapi diriku memang nak menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas apa jua kesalahan jua kekhilafan yang pernah berlaku antara kita...Alhamdulillah,dirimu sedikit sebanyak.eh,bukan sedikit memang banyak gak telah menolong diriku dikala aku amat memerlukan bantuan.Minta maaf sangat2 cz banyak nyusah di sepanjang musim pengajian bersama.Kawan, Sahabat,Rakan dan Teman.Perkataan berbeza namun mempunyai pengertian yang sama."Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doa" Moga ukhuwwah fillah ini terjalin buat selamanya dan moga dirimu terus berada dibawah lembayung RahmatNya...Kosong-Kosong antara kita.Minta halalkan apa yang terlebih dan terkurang.Terima Kasih sekali lagi..

Wednesday, July 08, 2009

Diriku yang lupa akan kalimah itu...

Jarang benar bibir mungil ini mengucapkan kalimah itu,kenapa angkuh benar diriku?? Padahal setiap detik dan setiap saat yang aku lalui , jua segala apa yang aku kecapi datang dariMu.Mak abah pun selalu pesan jangan lupa akan bait keramat itu.Setiap pagi mulakan dengan ucapan itu.Namun aku sering lupa.Betul ke lupa?? Atau aku buat-buat lupa...Yang pastinya aku betul-betul alpa.Ya Allah ampunilah dosa-dosaku.Jarang benar aku mengucapkan kalimah itu.Bukannya susah pun ALHAMDULILLAH..sebaris kalimah penuh keramat sebagai tanda syukur seorang hamba diatas apa jua nikmat yang Engkau berikan.Alhamdulillah syukur nikmat, masih diberikan keupayaan untuk berdiri di atas muka bumiMu, dikurniakan kudrat untuk menunaikan ibadah jua amalan semata-mata keranaMu.Apa yang penting anugerah agung yang pernah Engkau berikan padaku tidak lain tak bukan adalah seorang abah dan mak yang melimpah ruah kasih sayangnya pada kami anak-anak jua kebercukupan rezeki yang pernah kami nikmati.InsyaAllah, mulai detik ini lafaz keramat itu akan selalu aku ucapkan..ALHAMDULILLAH.

Lafaz Yang Tersimpan..

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku.
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Raut tuamu membekas jiwaku

Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yangmelindungkan
kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan