Pages

Saturday, November 21, 2009

Selamat bercuti





Yea..Yeaaa Aaa,musim yang aku tunggu2 tiba jua akhirnya ..Happy Holiday!!!Tak sabar nak melepaskan rindu dendam pada keluarga tercinta..Sebelum tu insan2 kesayanganku akan datang KL dulu bagi meraikan Konvokesyenku di Putrajaya setelah setahun lebih berhempas pulas untuk mendapatkan Diploma Pendidikan.Terima Kasih pada sumer yang menyokongku dari belakang.Especially mak abah tersayang,kawan2 dan sumer yang sentiasa menitipkan kata2 semangat buatku...Syukran Jazilan atas segala jasa dan pengorbanan kalian.Wang ringgit usah dikira memang tak terbalas,Belaian kasih sayang jua kata2 keramat dari mak sememangnya terus utuh dan kukuh tersemat disanubariku...Semuanya akan ku jadikan azimat berguna sebagai benteng perjuangan episod hidupku yang masih panjang.

Ujian Mendatang...

Sabar cik faraa ya,Allah sedang mengujimu
Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang SABAR

Setelah beberapa hari sembuh dari terhiris akibat diguris aku masih diuji lagi...

Alhamdulillah aku semakin matang dan dewasa dalam membezakan antara kaca atau permata dan mengetahui tulus kudus kasih seorang sahabat yang boleh berkongsi susah senang ,tangis sendu dan duka syahdu yang menyapa hidupku...

Diriku amat arif akan apa jua ujian juga cubaan yang mendatang semuanya adalah untuk menguji kekuatan iman jua mempertingkatkan tahap kesabaran seseorang...Jika dipandang dari sudut positif semua ini akan menginsafkan kita,menilai erti kesusahan dalam sebuah kehidupan jua menyelami kesusahan orang lain...

Semalam aku terpilih lagi untuk di uji,Pagi2 lagi pergi maktab nak ambik jubah konvo.Sebelum tu aku pergi umah member kat gombak bawak keta persona dia.Pukul 11 pagi sampai maktab..Selesai ambik jubah kami bergegas balik gombak...Makan2 dlu kat sek.men teknik dekat UIA.Lebih kurang kul 2.15 ptg balik sg buloh.Sampai umah ujan bukan main lebat,p sekolah..Tak sampai 10 minit masuk bilik guru Ya Allah naper rasa berat je kepala??rasa nak pitam pun ada...Dorang buat pot luck pun aku x lalu nak makan,mkn anggur ngan pisang jer...Aduss sakit kepala Tuhan maha tau,aku diuji lagi...

Kul 6.10 abis waktu sekolah,akak2 ajak p Hospital Sg.Buloh melawat penyelia petang..dalam sakit2 kepala nak g gak.bimbang aku takut pitam kt hospital,nasib bekla tak de pe2..Balik hospital kul 7.50 malam.Tak buleh nk tahan basah2kan kepala solat maghrib ,ngaji solat isyak terus zzzzz...harap2 hilangla sakit kepala kena hujan tadi...

"Sabar itu ada empat jenis iaitu sabar menjalankan kewajipan2,sabar menanggung kemiskinan,musibah dan penganiayaan.Sabar menjalankan kewajipan bererti mendapat taufik dari Allah,Sabar menanggung musibah bererti mendapat pahala dari Allah,Sabar menahan penganiayaan orang bererti dicintai Allah.Dan sabar menanggung kemiskinan bererti mendapat keredhaan Allah."

Wednesday, November 18, 2009

Aku Mohon PetunjukMu...Ya Rabbi.

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran,suburkan jiwaku dengan keimanan.Hanya padaMu Tuhan kusandarkan harapan.




dia,yang telah merosakkan mood aku hari ni




Hari ini kondisi diriku penuh dengan kekusutan.
Ya Allah hadirkanlah ketenangan dan keberlapangan dada padaku.Hanya padaMu jua tempat aku mengadu...Betapa aku ingin lari dari semua ini,namun aku harus menghadapi semua cabaran dan dugaan ini kerana aku merasakan derita buatku pasti ada hikmahnya.

Dan disini jua telah aku pertemukan satu pengajaran dalam meniti perjuangan sebuah kehidupan...Suka,duka,tawa riang.Ditatang bila diperlukan dan "ditongsampahkan" bila keringatku tidak diperlukan.Bukan darjat jua pangkat atau populariti yang aku mahukan cukuplah sekadar segala pengorbananku selama ini dihargai..Ucapan terima kasih juga tidak pernah aku impikan dari mulutmu..Jauh sekali mengharap pujian menggunung darimu.
Jika diriku tersalah landasan pimpinlah aku kelandasan yang betul,tegurlah secara berhikmah...Selamilah hati dan perasaan orang sekelilingmu,sedangkan kasih Illahi tidak pernah bersempadan.Inikan pula kasih kita sesama manusia...
"Harapan semoga segenggam tabah ini dapat dipertahankan,buat bekalan diperjalanan..."

Moral of the story: Belajar dan terus belajar dari pengalaman,pengalaman hari ni pengajaran hari esok...dia,terima kasih untuk kata2mu hari ini.InsyaAllah akan aku ingat sampai bila2.Bukan berdendam jauh sekali membenci tapi sebagai didikan yang amat berguna buatku setelah 1 tahun 5 bulan aku mengenalimu..

Tuesday, November 17, 2009

IKIM.FM

Hari ni seperti biasa pergi mengajar....Rileks je..sebagaimana biasa menjelang hari2 akhir persekolahan bebudak tidakla ramai datang sekolah.Jadi ,memandangkan aku free aku pun pergi ke surau lebih awal ckit tuk solat asar..Baru je siap ambik wudhuk,aku terdengarla bual bicara geng2 cikgu yang lebih veteran kat surau...Si kakak tu bagitau " Tiey,bukala radio tue.akak dah tak buka channel lain dah.Akak memang dah terpikat dengan stesyen radio tu.." Aku rasa minat aje ngan topik ni n nk tau radio mana...Kakak tue menyambung lagi " Akak sekarang pegi mana2 buka channel tu je,banyak manfaat dan ilmu yang kita dapat,akak kan tak nampak nak membaca...Saluran macam ni la untuk akak tau pasai hukum hakam...lagu dia pun best2...ada in-team...Haa seluruh malaysia leh dengar..Apa frekuensinya 91.5."dengar tiey ya..."Sambung kakak tue lagi...Kakak yang sorang lagi menjawab " Yala kak kan cuti2 ni ada gak faedahnya dengar radio macam tu,leh tambah ilmu"
Rupa2nya radio IKIM yang dorang duk kecoh2...Alhamdulillah hidayah dan petunjuk Allah sampai gak pada sesiapa yang terpilih....moga2 radio IKIM menjadi alternatif bagi kakak tue menambah ilmu keagamaan dalam dirinya...Aku yang sememangnya peminat setia IKIM masa belajar sekolah menengah (2000) lagi tersipu sendirian...

GOOD LUCK!!!

Buat yang terbaik,InsyaAllah berjaya!!



Jangan stress,Allah ada.Mohonlah petunjuk dariNya..


Esok Start exam..


Hari ni 17 Nov bermakna besok farah akan memulakan pertempuran yang amat besar dalam hidupnya.Apa2 pun kakakmu ini sentiasa mendoakan yang terbaik dan segala yang terbaik untukmu adikku...Satu dua petua yang kakakmu amalkan insyaAllah akan diperturunkan:
1. Jangan miss baca al-Quran dalam sehari.Yassin terutamanya..
2. Solat hajat sepanjang malam especially musim2 exam ni.InsyaAllah petunjuk Allah itu akan hadir pada hamba2Nya yang meminta.
3. Sentiasa bersangka baik,elakkan pergaduhan dengan kawan2 terdekat (bisa mengganggu emosi).
4. Study group disaat akhir penting bagi menampung keciciran pemahaman dlm satu2 subjek.
5. Restu ibu ayah memang perlu dipohon.Tapi mak bapak ni selalu merestui apa2 je bnda baik yang anak dia buat.percayalah...
6. Musim exam ni memang n sure kita stress punyalah tapi apa2 hal carila al-Quran..Percayalah satu miracle(keajaiban) ketenangan yang akan kita dapat jika selalu baca al-Quran...
7. Japp jap,doa jangan lupa ya..

Monday, November 16, 2009

Tazkirah ringkas

Tazkirah bersama Panel jemputan Si Kecik Nur Damyaa Harleena Bt Din
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu..."
(surah al-Baqarah ayat 45)

Rindu saat itu...

Jauh di sudut hati,diri ini amat merindui saat dan detik indah yang pernah kita lakar bersama teman..Moga persahabatan yang terbina terus utuh selamanya biarpun kita terpisah jarak dan tuntutan tugas masing2...

Possing sakan...



Saat manis bersama my best friend di Cameron Highlands

Saturday, November 14, 2009

Mohon maaf...


Terlebih dahulu kumohon seribu kemaafan kepada sahabat baikku Ermy Shahida kerana kukira sudah kesekian kalinya temujanji kita terpaksa dibatalkan..Kurasa hampir 5 kali,sejak diriku masih menuntut di UPM lagi pertemuan terpaksa ditangguhkan.Bukan diriku yang sibuk tapi dua orang sahabat lagi terpaksa memenuhi tuntutan tugas masing2.Nira pergi majlis Hi Tea sekolah,Muni lak ada program transisi tuk bebudak tahun 1 2010..Maka yang free hanyalah diriku dan ermy,justeru diriku mengambil keputusan untuk menangguhkan perjumpaan pada tarikh lain yang masih belum ditentukan.Maaf mie ya...

Thursday, November 12, 2009

Doa seorang kakak

NurFarahiah Din
04 Julai 1992
Assalamualaikum adikku Farah,
Ketika entry ini di tulis rasanya tak kurang dari 6 hari lagi adikku akan menduduki peperiksaan besar SPM.Tiada apa yang ingin kakakmu pesan selain mengingatkan kamu agar belajar bersungguh2,usaha dan terus usaha.Kejayaan pasti berada di tanganmu.Apa yang paling penting jangan lupa berdoa padaNya kerana Allah tidak akan ingat kita kalau kita x ingat Dia.Maksudnya apa-apa aje yang kita nak buat jangan lupa bermohon padaNya moga di permudahkan jalan kearah kejayaan...Buat yang terbaik,Kakakmu ini juga mengidamkan agar dirimu juga menjadi pendidik kerana pendidik adalah kerja yang paling mulia.
Adikku,
Semoga dirimu akan terus berubah kearah sikap yang lebih baik,berlembut bicara dengan semua orang di sekelilingmu,menghormati orang yang lebih tua dan jangan selalu bermasam muka walaupun dirimu berada dalam kemarahan.Bahagiakanlah insan disekelilingmu selagi mereka masih disisimu...Kurangkan sikit sikap "kasar" yang ada pada dirimu...Kakakmu tiada lain hanya mendokan yang terbaik buat semua adik2...
Adikku Farah,
Allah tidak akan menghampakan hamba2nya yang berusaha.Kejayaanmu insyaAllah akan dibalas setimpal dengan usahamu.Berusahalah selagi terdaya,berusaha membahagiakan mak dan abah,berusaha membuang sikap buruk yang ada pada dirimu dan berusaha membuktikan yang dirimu juga mampu berjaya dan terus berjaya seperti orang lain dan berusaha untuk terus menebus kesilapan yang lau agar masa depanmu akan terus gemilang dan berjaya di dunia dan diakhirat...
"Titipan doa Kecemerlangan buat kalian senantiasa meniti dibibirku seusia sujudku"

25 Tahun 9 Hari

Seusia 25 tahun 9 hari kelahiranku yang lalu,aku bermimpi..diriku sememangnya mengetahui mimpi adalah mainan tidur namun mimpi yang satu ini ku rasakan sangatlah pelik bin ajaib!!!

Hari tue biasa je,sebagaimana rutin2 biasa.Balik kerja solat maghrib nak tunggu isyak baca quran dulu lepas tu solat isyak then buka laptop update blog sampai kul 2 pg baru tdoo...

Masa ngah syok2 tido,diriku bermimpi..aku menerima satu pesanan ringkas tidak bernombor melalui enset.Diriku mengamati pesanan yang di hantar,ayatnya sungguh padat dan ringkas.Nak tau apa dia tulis?? Pesanannya berbunyi " Carilah Pasangan Hidupmu".Cukup padat dan membuatkan aku berfikir 2 3 jenak..Inikah yang dikatakan seruan??Sukar untuk aku tafsirkan.
Adakah sudah tiba masanya untuk aku memikirkan masa depanku dari sudut yang lain,selain daripada kecemerlangan dalam kerjaya...Entahla...

Saturday, November 07, 2009

Salam takziah...

Tepat jam 3.30 ptg tadi call mak, saje rindu pada si kecik Nur Damyaa Harleena.Tapi budak kecik tu tido cz penat main basikal...Namun diriku dipagut sayu setelah sampainya satu perkhabaran hiba daripada mak.

Mak : Kak, Amin dah takde...

Diriku : Amin mana lak mak?

Mak : Amin jiran kita, anak pak cik Lah...

Diriku : Ya Allah,hari tu mak kata ok dah,tup2 dah xde...InnalillahiWainnailaihiRaji'uun..

Mak : Ya la kak,hari tu ok dah cikit duk kt umah jer pahtu dia baru je p hospital pahtu kul 2.30 pagi tadi Allah telah mengambilnya kembali...

Diriku : Aku terkedu...(x leh nak cakap aper2)

Mak : Kak try call abang sebab mak call x dapat...

Diriku : ok jap lagi...

Aku meletakkan gagang,namun rasa hiba terus menyelubungi diriku dengan pemergian Abdul Rahman, putera kepada pasangan Abdullah dan Khadijah setelah 2 tahun menderita sakit...Rasa terkilan lak cuti deepavali hari tu tak pergi melawat dia.Salam takziah buat keluarga arwah,semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba2mu yang soleh..

Demam Bola...

Walaupun aku berada dalam mood yang kurang baik hari ni , namun aku gagahkan diri untuk melayani hobiku yang suka menulis ni..Yalaa hari ni pagi2 lagi p Gombak hantar budak2 pertandingan.Habis jer majlis tu kami pun bergegas balik ke sungai buloh..Namun aku jangkakan bertolak kul 2, 2.30 dah leh sampai..Namun sangkaanku meleset.Jem dari Greenwood n sepanjang MRR2 sampaila ke simpang LDP...Stress aku dibuatnya,namun apakan daya kerana kesesakan hari ini berpunca daripada anak2 negeriku yang berpusu-pusu ke Stadium Bukit Jalil.Abang iparku pun terkinja2 nak turun KLMalam ni penentu segalanya, pertempuran antara kelantan dan Negeri Sembilan bagi merebut PIALA MALAYSIA yang diidam2kan..Memang awal2 lagi aku malaih nak tengok cz kalau kelantan kalah aku jadi tertekan 2 minggu tak lalu makan,macam kelantan lawan selangor hari tu aku memang tertekan sangat2...Aper2 pun nak pesan pada sumer warga senegeriku buat perangai elok2,jangan malukan tok guru dengan sikap kita.Bawa barakah negeri serambi Mekah walau dimana jua kita berada..Kalah menang adat pertandingan.Apa yang penting sokongan padu daripada 70% penonton di Bukit Jalil datangnya dari Negeri Cik Siti Wan Kembang...

Sunday, November 01, 2009

Permata Yang Dicari...

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatikuDengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu