Hari Keluarga
Baru-baru ini bertempat di Resort Sri Telong,Melawi telah menyaksikan detik pertemuan terindah Keluarga Besar Pak Cu Awang yang telah menggamit tautan 4 generasi keluarga tersebut.Program yang telah dirancang sekian lama telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya berkat sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dari semua pihak.Walaupun hanya 85% sahaja yang dapat hadir pada pertemuan kali ini,namun pihak urusetia merasa sungguh berpuas hati dan ini semua insyaAllah akan menjadi titik tolak kepada pertemuan-pertemuan lain yang bakal diadakan.

Mengikut perancangan sebenar Hari Keluarga Pak Cu Awang ini akan diadakan pada 05 Jun 2010,namun berikutan permintaan demi permintaan daripada anak cucu + cicit yang mencari rezeki di kota yang minta ditangguhkan ketarikh lain,maka pihak urus setia telah bersepakat dengan sebulat suara untuk mengadakan hari keluarga ini pada 14 JUN 2010 bersamaan 01 Rejab 1431H.
Pelbagai program telah diatur.Seawal jam 8.00 pagi semua dikehendaki mendaftar dimeja pendaftaran dan akan diberikan door gift @ souvenier sebagai kenangan.Kemudian agenda diteruskan dengan penyampaian Hikayat Kehidupan seorang bernama Awang selaku my moyang.Diceritakan kisah kehidupannya yang merupakan pejuang agama di kampung kami,sehingga beliau dianggap seorang yang terlampau kerana sikapnya yang begitu bersungguh-sungguh membanteras perjudian dan kemaksiatan pada ketika itu.Seterusnya diceritakan juga susur galur dan salasilah keturunan tinggalan moyangku.
Kemudian program disemarakkan dengan acara memperkenalkan ahli keluarga masing-masing.MasyaAllah ada yang tak pernah jumpa dan ada gak ehh, dia ni ada tali persaudaraan ngan keluarga kami rupanya.Begitulah penangannya bila kemodenan mendahului zaman,kalung persaudaraan kian putus.Sesi berkenal-kenalan begitu menggamit memori indah buat kami semua.
Bagi menggamatkan suasana acara diteruskan lagi dengan permainan kanak-kanak.Pelbagai permainan dan aktiviti yang diadakan bagi menghidupkan lagi suasana pertemuan tersebut.Cari pasangan selipar,cari gula2 dalam tepung,kail paku dalam botol,kupas epal,puzzle dan bermacam2 lagi.
Seterusnya,diadakan juga kuiz bagi menguji kepintaran masing2.Selesai acara santai tersebut para hadirin dihiburkan dengan lagu-lagu nasyid dendangan kanak-kanak rebina.Kemudian acara yang ditunggu-tunggu ialah penyampaian hadiah.Para hadirin juga turut dihidangkan dengan makanan ala kampung.Pelbagai juadah disediakan seperti singgang daging,ikan dan ayam bakar serta pelbagai ulam-ulaman kampung,yang hakikatnya begitu menggamit sayu perasaan anak2 rantau ini untuk segera pulang kekampung.
Sebelum program berakhir jam 3.00 petang para hadirin turut mengadakan solat zohor berjemaah dan bacaan tahlil kepada sanak saudara yang telah terlebih dahulu menghadap Pencipta.
Sesungguhnya walaupun program ini julung-julung kali diadakan,namun kesinambungan dan tautan berpanjangan yang kita mahukan.Semoga ukhuwwah sesama kita terus mekar terjalin selamanya.
No comments:
Post a Comment