Pages

Saturday, July 31, 2010

Subuh Yang Terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka

Bila berjauhan barulah merindu didada

Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih

Andai esok takkan hadir.....

~ Didedikasikan khas buat siapa sahaja yang mengenali Si Tulip Ungu...Dengar sampai habis ya..mengisahkan mengenai nilai kesantunan sebuah ucapan terima kasih dan magisnya erti kasih sayang dalam hubungan sesama insan...

Thursday, July 29, 2010

Rindu halaman..

Bukan halaman sebenarnya,tapi belakang rumah kami..
Suasana kampung yang mendamaikan...

Sejuk mata memandang...ummm nyaman...

Reban ayam abah..hidup segan mati tak mahu..reban je besar..ayamnya xde..
Juga merupakan tempat sasaran mia di petang hari..

Wednesday, July 28, 2010

Rasa ralat..huhuhu

Walaupun GB dah bg keizinan untuk tarik diri dari Kem Perkhemahan Perdana tapi rasa ralat lah pulak pada orang yang kena menggantikan tempat kita..huhuhu..Sebulan lepas,Padahal saya dah maklumkan pada GB tarikh tersebut saya perlu balik kampung ada urusan penting...(orang sengaja bgtau awal2 takut jadi macam ni,last2 nama masih ada dalam senarai fasilitator).
Semalam,diputuskan bahawa "kalau ada pengganti ok,saya bagi kelepasan pada awak.."(..waa dah terkinja dlm hati..tapi...) Minta maaf banyak2 pada yang terpaksa menggantikan tempat saya..Komitmen saya lebih diperlukan di kampung pada ketika itu.Agak ralat diatas kekhilafan ini,namun sebenarnya saya telah memaklumkan semua ini sejak awal kpd pihak urusetia..Mungkin miss information,nama sy masih tercatat dan bila perlu dicarikan pengganti perkara ini agak ber'isu'..Sekali lagi mohon seribu kemaafan,namun sehingga ke saat ini masih merasa dilema untuk balik..walaupun GB dah bagi keizinan secara rasmi..

Monday, July 26, 2010

Syaaban

Mengenai Bulan Syaaban.

1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin).
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Friday, July 23, 2010

Rasa Macam Nak...

Melalui sebuah kehidupan ada2 aje yang nak dicapai dan menjadi impian kita.Walaupun ianya kelihatan kecik pada orang lain,namun ianya memberi makna yang besar dan punyai nilai sentimental yang mendalam buat kita..Walau sekecik2 hasrat, terasa macam nak sangat dipenuhi tuntutan tersebut.Namun, bukan semua dapat dipenuhi,ini semua kerana adanya halangan dan sebahagian lagi "agaknya lebih baik dibukukan dulu dlm hati"..
Mengikut Priority...
1) Rasanya macam nak sangat bercakap mengenai politik dan polemik yang melanda ini mengikut perspektif dan fikiran sendiri..Tapi perkara inilah yang terpaksa "dibukukan dulu dalam hati"..Sabar menunggu ruang diskusi dengan mak dan abah dikampung serta dengan kenalan2 sealiran...(wahh perdebatan hangat ni,bukan lg rundingan di meja bulat..)
2) Rasa nak sangat buat KEK COKLAT BASAH..lama benar dah tangan ni tak buat kek..emmm yummy..yummmy...Pastu nak mengembalikan nostalgia buat donat chubby2+gebu2...emmm sedap,tak sama ngan kat kedai...lagi best makan musim hujan..panas2..
3) Rasa macam nak sambung lagi belajar menjahit..Hari tu sempat belajar baju kurung dan kebaya je..baju melayu tak sempat nak belajar (betuii ka nak belajar ni?? rasa cam malas je..huhuhu..)
4) Rasa nak sangat menangkis jauh2 sikap obsesi pada kaler ungu..Tapi masih tidak berjaya.Tetap mencuba tapi masih gagal.Ungu pada mataku kelihatan sesuatu yang amat indah difana ini , ada kedamaian,ketenangan,keajaiban dan ketulusan pada kaler tersebut...
5) Rasa2nya macam nak sangat mengetahui lebih mendalam tentang ESQ...dari sudut mana ianya tidak lagi relevan kini..3 hr lps ada trbaca, tp x sampai pun separuh cz masa tdk mengizinkan...Jadi terasa agak dangkal bila orang tanya,kita tak boleh nak hurai panjang..Syoknya kalau kita banyak ilmu dalam dada kan..!

Wednesday, July 21, 2010

Sebenarnya nak cerita benda lain..

........................Titik-titik kehidupan.........................Dulunya pelayaran penuh kesamaran,perjalanan tanpa tujuan,pendakian dalam kelemahan...Musafir di persada dunia.Fakir sang pemikir..............Mahu mencari khazanah ilmu,namun rupa2nya bila semakin berilmu kita akan merasa semakin fakir ilmu....Hakikatnya banyak lagi lembah ilmu yang perlu diteroka,dikorek dan ditimba khazanahnya.................................................Cerdik pandai mengatakan "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"...............................Kerana ilmu dapat menuntun seseorang mnjadikannya lebih bermoral dan beretika daripada orang yang tidak berilmu..Namun semua itu sebenarnya omongan kosong..........................Ilmu sahaja sebenarnya masih belum mampu mewujudkan bias cahaya yang seseorang itu sempurna akalnya.Kemahiran EQ dan IQ sama pentingnya dalam menghadapi polemik yang sering berlaku agar kita tidak terlalu pesimis dan terlebih optimis dengan pelbagai kemungkinan....
Sebenarnya Cik Tulip Ungu ni telah melalut kepada benda lain,Sebenarnya dia nak ceghita benda lain....terhurai panjang lebar benda lain..Dia nak ceghita walau seseorang tu mungkin digelar cerdik pandai namun jika masih tidak mampu mengawal emosi dan perasaan,tiada bezanya dengan orang yang tidak berilmu.Memang setiap dari kita tidak dapat lari daripada dibelenggu masalah sama ada konflik jiwa,hutang piutang,pengurusan rumahtangga,perhubungan dengan komuniti sekerja hatta dengan masalah yang hentah apa2..Percayalah gabungan IQ dan EQ insyaAllah mampu mengadun permasalahan tadi kepada penyelesaian yang tak disangka2..Last sekali jangan lupa berdoa....
"Ya Allah padaMu aku memohon kekuatan jua ketabahan dalam menghadapi semua ini..."

Tuesday, July 20, 2010

Keciknya Dunia..

Ungkapan keciknya dunia akan terpacul pada mulut kita bila tiba2 aje terjumpa kawan sepergaduhan dan sepermainan kita masa kecik dulu..begitu gak bila dapat jumpa balik ngan kawan2 satu taman perumahan dan sahabat seperjuangan masa belajar di sekolah menengah,universiti hatta semasa di maktab dulu.
Dua tiga hari kebelakangan ini selalu aje duk tengok muka familiar itu didepan rumahku.2 3 kali tengok " Ehh,abang ni macam pernah ku jumpa tapi di mana ya??"..bisikku didalam hati.." tak kot,mungkin pelanduk dua serupa"..Tapi bila tengok semalam rasa memang sah abang ni satu perumahanku di kampung...Belum berpeluang lagi bertanya khabar walaupun rumah yang baru dibelinya betul2 dihadapan rumah saya.Memandangkan rumahnya masih dalam proses renovation maka dia hanya datang jarang2 sekali.
Mungkin saya akan menegur wife dia dulu,baru nak confirmkan yang husband dia tu sekampung dgn saya ( Chett..macamlah keluar umah sgt sy nih..) tp kalau dia ada anak kecik apa salahnya sambil2 merapatkan ukhuwwah sesama islam leh main ngan bby dia sekali...Tak sangka, betul2 depan umah..huhuhu.

Monday, July 19, 2010

Geram pun ada bila brlaku camni..

Lastweek sy p la bayar bil ******,pastu sbb terlampau syiokk(baru tukar bateri baru,original lagi you..sampai lupa nk charges slps smnggu..huhuhu) ingatkan xdak apa la nak brlaku.No tipon henset tak dak masalah memang sentiasa ingat tp no broadband yang tak brp nk ingat..ala ingat2 lupa..yg ingtnya tiga no akhir ialah 216..huhuhu..
Nak dijadikan ceghita,masa p bayar tu tak sedar yang bateri hp dah hampir nyawa2 ikan..masa kat depan kaunter..kiokkk dia mati terus,pastu ****** centre kat cini memang sy dah sedia maklum bila senja menjelma dia akan breakdown..
Pastu Cik Cashier tanya , "Akak nak bayar jugak ke sbb sistem down??".
Sy : "Akak dah tau memang selalu mcm ni,takpa akak nak bayar jugak.."
Tragedinya mcm ni,bila hp dah kiokk dah tak tau jumlah bil ****** postpaid secara spesifik, yang ****** broadband no hal sebab memeng setiap bulan jumlah bayaran yang sama.Bila dah tak tau jumlah sebenar jadi main hentam la,nak check dah tak boleh..Ingatkan dah setel sampai situ..
Pastu dua hari selepasnya,sy menerima mesej dari ****** centre yang berbunyi Kami tidak menerima bayaran sejumlah RM**.** sila buat bayaran dlm masa 1 hari untuk elak talian disekat.Abaikan mesej jika bayaran telah dibuat..
Subhanallah yang geramnya jumlah yang tak cukup hanyalah RM 1.30 je..Hahhh sapa salah sebenarnya?? sapa suruh tak up date sistem elok2..nih bila orang nak bayar je breakdown..dan bila breakdown je orang nak bayar..
Dan yang paling geramnya,setiap kali bayar yang lepas2 kita mesti bayar lebih dan genapkan jumlah..Kalau RM 112.15..Okey takpe kita bayar RM113.00..kekadang RM83.00..kita bayar RM85.00..Hahh betapa berlebihnya kita..Tapi bila masa tak cukup tak pernah nak cover walau satu sen pun..Ini tak aciii..Sebab kesalahan dan kebersalahan ini tidak disengajakan...!!
Emmm cakap banyak pun tak guna,dan saya jenis tak suka nak menghafal sifir mencarut dengan benda2 macam ni..Sekadar luahan tak mahu emosi terbungkam(terbungkam ke terbukam errkk??) dalam dada..sebab saya pun manusia seperti anda tidak dapat lari dari perasaan marah,suka,sayang dan benci.cuma kewarasan akal sahaja yang mampu menuntun kita menghadapi semua ini dengan sebijaksana yang boleh..!! nak buat macamana ini semua helah dan "manipulasi terpelihara" dalam dunia perniagaan yang telah diterima sekian ramai...Terima kasih ******,setelah hampir 11 tahun bersama..

Saturday, July 17, 2010

Taubat Seorang Hamba

Ku akui kelemahan diri

Ku insafi kekurangan ini

Ku kesali kejahilan ini

Terimalah...Terimalah

Terimalah..Taubatku ini..

Friday, July 16, 2010

Merindui seseorang..

Sekian lama memendam rindu,dari semalam asyik duk teringat kat dia.dimanakah dia sekarang?dah kawin ke belum ? anak berapa orang?..no tipon lak dah lama hilang.memang lost contact terus..last news dia keje kat Produa Alor Star..
Kami sama2 kenai masa kat UPM hari tu,3 tahun bersama menginap di bilik yang sama..
Nurul Ainie Abdul Jalil,mengambil kursus Bisnes Study.orang Alor Star..cakap utara pekat.selalu bertukar2 loghat sesama kami..dia cakap kelantan sy lak cakap kedah..yang tak tahannya dia siap ajar lagi,orang utara bila huruf last tu L bunyinya akan jd huruf I..contoh Jual= Juai,Pasal= Pasai..selalu dok dengar dia cakap ngan mak ayah dia..sampai terikut sama..Yang sangat2 pelik dan hampir sama ngan loghat kelantan ialah Teliang: Utara..kami sebut Teleng: Timur, espclly Kelantan yang membawa maksud terpaksa membengkokkan leher bila nak melihat sesuatu benda!
Kangen la sama kamu Ainie..
Dia yang agak moden dan stylo dalam berpakaian serta free hair sangat baik dari segi perhubungan sesama kami.Peramah dan mudah masuk ngan kwn2 sy..kira kamcengla..Tersangat rindula nak mendengar khabar darimu ainie..adakah still ngan kerabat diraja Kedah atau sebaliknya..Terlampau banyak kenangan sepanjang 3 tahun bersama nak dirungkai semula bila kita bertemu kelak..Gambar2 kamu pun dah takde dalam simpanan semuanya dah lesap..Cuma apa yg masih ada dalam ingatan ialah tarikh keramat kelahiranmu adalah pada tanggal 25 September 1984..huhuhu..Macam nak wat Jejak Kasih plak..

okess selesai..

Setelah melalui dua hari yang memeningkan kepala, hari ni baru betui2 leh update.Semuanya gara-gara..
1) Sibuk dan kalut menghadiri taklimat pendedahan tentang Kanser anjuran MAKNA.Alhamdulillah banyak maklumat yang diperolehi pasai kanser2 nih.
2) Pastu sakit mata bila tengok combination antara pink dan hijau..last2 memadamkan terus niat suci untuk menulis..(ini sebenarnya helah bela diri..)
3) Agak terganggu dengan kesengalan dan kedunguan seseorang (astaghfirullahal'azim apa ni cik fara??....!!)...aa..aa dah terlebih menghamburkan emo..x pasai2 dapat dosa..huhu..
4) Toink..!!..toinkk..!! rasa sangat bersemangat,lepas dengar budak kecik tu nangis dalam tipon..setelah brminggu2 dia tanak cakap..

Wednesday, July 14, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Sekadar menyelami erti kebahagiaan dalam perpisahan.

syiokkk lagu ni..mantap sentuhan KRU kali nih.

****************************

Tuesday, July 13, 2010

Saya Yang Suka Delima,Sering Dilema..

Tahukah anda sehingga ke saat ini,saya masih dihantui dilema maha hebat.Terutama..
1) Dilema dalam mendedikasikan sesuatu diruang ini,bimbang disalah tafsir dan salah pemahaman daripada pembaca.
2) Harus berfikir 2 3 4 jenak sebelum mempublish something takut terover dos dan akan mewujudkan sikap takbur dan menunjuk2 tanpa disedari.
3) Tersangat mengusir jauh2 daripada membicarakan bab hati dan perasaan.Tetap teguh bersama prinsip ni..Kerna perihal ni cukup eksklusif dan mempunyai magisnya yang tersendiri...Seturn2 manusia je yang boleh dikongsikan.
4) Sangat meminati seni dalam sesebuah lagu..'Seni kata' je ya..bukan artisnya..Tapi tak boleh la selalu publish sangat lagu2 nih..sekadar hiburan bolehla..Yang best skang "kebahagiaan dalam perpisahan" Shahir AF8...best2..
5) Sangat mengkagumi rakan-rakan blogger yang setia membicarakan tentang kehidupan seharian..Seronok menimba pengalaman dan ilmu dr blogger yg mmpunyai latar belakang yang berbeza..Tapi saya, insyaAllah akan mengikut terma dan syarat untuk tidak berlebih-lebihan dalam mengadaptasi,mengekspresi something happen to me everyday..dan biarlah sebahagiannya menjadi rahsia..

Sunday, July 11, 2010

Hari Keluarga..tanggal 14 JUN 2010

Hari Keluarga
Baru-baru ini bertempat di Resort Sri Telong,Melawi telah menyaksikan detik pertemuan terindah Keluarga Besar Pak Cu Awang yang telah menggamit tautan 4 generasi keluarga tersebut.Program yang telah dirancang sekian lama telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya berkat sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dari semua pihak.Walaupun hanya 85% sahaja yang dapat hadir pada pertemuan kali ini,namun pihak urusetia merasa sungguh berpuas hati dan ini semua insyaAllah akan menjadi titik tolak kepada pertemuan-pertemuan lain yang bakal diadakan.
Mengikut perancangan sebenar Hari Keluarga Pak Cu Awang ini akan diadakan pada 05 Jun 2010,namun berikutan permintaan demi permintaan daripada anak cucu + cicit yang mencari rezeki di kota yang minta ditangguhkan ketarikh lain,maka pihak urus setia telah bersepakat dengan sebulat suara untuk mengadakan hari keluarga ini pada 14 JUN 2010 bersamaan 01 Rejab 1431H.
Pelbagai program telah diatur.Seawal jam 8.00 pagi semua dikehendaki mendaftar dimeja pendaftaran dan akan diberikan door gift @ souvenier sebagai kenangan.Kemudian agenda diteruskan dengan penyampaian Hikayat Kehidupan seorang bernama Awang selaku my moyang.Diceritakan kisah kehidupannya yang merupakan pejuang agama di kampung kami,sehingga beliau dianggap seorang yang terlampau kerana sikapnya yang begitu bersungguh-sungguh membanteras perjudian dan kemaksiatan pada ketika itu.Seterusnya diceritakan juga susur galur dan salasilah keturunan tinggalan moyangku.
Kemudian program disemarakkan dengan acara memperkenalkan ahli keluarga masing-masing.MasyaAllah ada yang tak pernah jumpa dan ada gak ehh, dia ni ada tali persaudaraan ngan keluarga kami rupanya.Begitulah penangannya bila kemodenan mendahului zaman,kalung persaudaraan kian putus.Sesi berkenal-kenalan begitu menggamit memori indah buat kami semua.
Bagi menggamatkan suasana acara diteruskan lagi dengan permainan kanak-kanak.Pelbagai permainan dan aktiviti yang diadakan bagi menghidupkan lagi suasana pertemuan tersebut.Cari pasangan selipar,cari gula2 dalam tepung,kail paku dalam botol,kupas epal,puzzle dan bermacam2 lagi.
Seterusnya,diadakan juga kuiz bagi menguji kepintaran masing2.Selesai acara santai tersebut para hadirin dihiburkan dengan lagu-lagu nasyid dendangan kanak-kanak rebina.Kemudian acara yang ditunggu-tunggu ialah penyampaian hadiah.Para hadirin juga turut dihidangkan dengan makanan ala kampung.Pelbagai juadah disediakan seperti singgang daging,ikan dan ayam bakar serta pelbagai ulam-ulaman kampung,yang hakikatnya begitu menggamit sayu perasaan anak2 rantau ini untuk segera pulang kekampung.
Sebelum program berakhir jam 3.00 petang para hadirin turut mengadakan solat zohor berjemaah dan bacaan tahlil kepada sanak saudara yang telah terlebih dahulu menghadap Pencipta.
Sesungguhnya walaupun program ini julung-julung kali diadakan,namun kesinambungan dan tautan berpanjangan yang kita mahukan.Semoga ukhuwwah sesama kita terus mekar terjalin selamanya.

Saturday, July 10, 2010

Salam Ulangtahun duhai Bundaku...

Salam ulangtahun diucapkan kepada mak tersayang..Semoga terus menerus memperolehi rahmat dan kasih sayang dariNya..dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam mendidik kami...Terima Kasih kerna pernah menjadi GURU,PENASIHAT dan PEMBIMBING terbaik dalam hidupku..Ku mohon jua padamu ya Rabb permudahkanlah urusan ibadat insan tercintaku ini,kurniakanlah kudrat dan kekuatan dari segi kesihatan dan keupayaan dalam kalimah sujud padaMu..Kau berikanlah dia sebaik-baik pembalasan atas segala jasa dan pengorbanannya pada kami...


Mudah sekali sebak menyapa didada bila mengenang besarnya jasa mak pada kami.Melahir,membesar dan mendidik kami..membekalkan kami didikan dunia tanpa melupakan bekalan untuk akhirat..melalui dunia yang penuh pancaroba membuatkan siibu sentiasa bimbang..bagaimana solat anak-anakku terjaga atau tidak lima waktunya,terapan demi terapan nilai mulia agar anak-anaknya terpelihara peribadinya..basah bibirmu dalam tadahan doamu..mengusir jauh kecelaruan dan kebejatan akhlak dalam diri permata2 mu,mendakap hikmah keperibadian mulia kekasih Allah..itulah jua dambaan dan harapanmu seusai sujudmu..
Dulu,masa diambang sekolah menengah..Selalu bila tetamu datang umah mak pesan suruh pakai tudung.tapi diusia yang kurang matang dan masih kurang ilmu kita selalu memberontak..buat apa nak pakai tudung, kan dalam rumah ni..alasan dan jawapan mak yang begitu berhikmah akan membuatkan kita terfikir sejenak..kata mak "Makanan yang tertutup lebih baik daripada makanan yang terbuka..makanan yang terbuka akan terus diragui kebersihan dan kesuciannya,sebaliknya makanan yang tertutup lebih diyakini kesuciannya sebab telah terhindar dari laluan sang lalat dan sentuhan si semut dan sapaan habuk atau debu2 kotor" Sinifikannya menutup aurat adalah wajib kepada wanita muslim..teguran dan alasan yang diberikan mak membuatkan kita berfikir secara mendalam..logiknya begitulah benda yang tertutup lebih bersih..alhamdulillah lunas-lunas islam mula tertanam dalam hidupku..
Banyak teguran dan nasihat telah mak curahkan...Terima kasih juga kepada mak yang seakan memahami keadaanku dan tidak terus mendesak...mak memang sportinglah masih boleh berkongsi bab hati dan perasaan..Beliau bukan sekadar ibu tapi juga kawanku yang paling setia..huhuhu...berkongsi hobi yang sama suka menghabiskan masa membaca novel hasil karya Damya Hanna,Norhayati Berahim dan Anis Ayuni..nama adik2ku sebahagiannya diambil dari nama penulis2 ni..haaa kuatnya penangan novel pada mak.Macam nak give something special for her..duk pikir2 macam nak bagi buah tangan terbaru Abdul Jalil Ali "Kopi O Tanpa Gula" lau boleh siap ada autograf penulis pujaan mak..nak menambah koleksi buku penulis kesayangannya..Bukan mak tak boleh beli sendiri tapi ni macam special sikit siap ada autograf..tengoklah macam mana insyaAllah akan diusahakan..

Thursday, July 08, 2010

Dah setahun rupanya..

Pejam celik pejam celik eh dah setahun rupanya..hari ini 08 Julai 2010 bersamaan 25 Rejab 1431H..Maka genaplah setahun usia noorfarawahida.blogspot.com..lahirnya blog ini sekadar mengisi kelapangan waktu..betul2 hari pertama selesainya pengajian di Institut Pendidikan Guru Malaysia..



Mungkinlah gelora jiwa dan gelodak rasa yang begitu memaksa menyebabkan terdetik dihati untuk mewujudkan blog ini..walau tidaklah secanggih dan seindah blog orang lain,namun saya rasa cukup bangga dan puas hati kerana semua ini saya lakukan tanpa seorang guru pun..guru terbaik saya ialah menerusi pembacaan memahami step by step instruction yang ditulis akhirnya inilah hasilnya...memandangkan banyak lagi perkara yang perlu dipelajari,insyaAllah dari masa ke semasa segala ilmu dalam berblogger ni akan terus di up to date...



Walau dalam apa keadaan sekalipun insyaAllah,saya akan terus menjaga kesucian blog ini daripada unsur2 umpatan dan kejian serta unsur2 yang melalaikan..walau pengisiannya 75% lebih kepada cerita Nur Damyaa Harleena je,tapi luhur saya katakan itulah satu2nya insan yang kerap kali singgah dalam hati saya buat masa ini..Mana mungkin apa yang terlintas difikiran pada ketika itu mampu dibiarkan begitu saja..maka terungkaplah sedikit sebanyak tentang dia disini...selebihnya mengenai diri sendiri..sebenarnya bukan berniat membuka pekung didada dan juga bertujuan berbangga diri..ianya sekadar luahan rasa untuk dikongsi bersama dan untuk diambil baikknya dan ditegur buruknya..Walau bidang penulisan agak tersasar dari portfolio saya namun ketahuilah dengan menulislah membuatkan saya BAHAGIA,SEMPURNA dan TENANG..Sukar untuk dinyatakan tapi itulah hakikat yang saya alami..walau tidaklah sehebat penulis2 terkenal..namun pada saya ini semua cukup membuatkan saya benar2 puas...
Terima kasih yang tak terhingga pada yang sudi singgah dan berkunjung kesini,ucapan time kashih juga pada kengkawan yang menyokongku untuk terus menulis..huhuhu..malu sebenarnya nak mengapearance myblog for publish cz x santek and x canggih macam orang len,nak tanya maluuu(huhuhu gataiii)...walau apapun kepuasan adalah segalanya..tapi kalau menulis macam orang nak p brperang (nak cepat,bizi dan kalut) rasa tak puas hati gak..

yeay..yeay..yeay...

Merdeka..!!
yeayy..yeayy..bebas dari belenggu pengisian data..bukan main sonok hari ni Tuhan saja yang tahu...Selesai mengisi data yang mengambil masa hampir seminggu lebih memenuhi 6 item x 317 murid x 9 kelas..membuatkan senak biji mata menatap screen..
Walau pelbagai rintangan dilalui,akhirnya kami mampu juga menyiapkan tanpa mengikut masa yang ditetapkan..(sepatutnya hantar hari ni...huhuhu).

Rentetan drpd itu,aura ungu begitu lembut menyerap sanubari menyebabkan diriku berasa sangat bersemangat untuk memulakan tugas hari ini..Rasa begitu berkobar2 seolah2 seperti diri ini akan diraikan..Namun kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari....rupa2nya lain jadinya hari ni....walau ada sedikit goresan dihati namun nasib baik belum terluka,insyaAllah kami akan jadikan semua ini sebagai pengajaran berguna di kemudian hari...
Moral of the story ~ Dalam melalui hidup ni janganla strict sangat kelak kita jugak yg susah,berubahlah mengikut condition selagi ianya masih relevan...

Tuesday, July 06, 2010

Mana Milik Kita

Sempena Konsert Mahabbah Gaza yg akan diadakan di Stadium Melawati tak lama lagi,tetiba teringat sangat ngan pemilik suara emas ni..Walaupun beliau telah pergi mengadap pencipta,sedikit sebanyak sumbangan yang ditinggalkan lehla dijadikan wadah keinsafan disebalik lirik "Mana milik kita"..sebab kengkadang teman(sy) ni selalu alpa,lupa dan lalai..Harapan semoga Allah memelihara kita semua dari fitnah dunia.

Salam Ulangtahun..

Salam Ulangtahun ke-27,Semoga dengan pertambahan umur ini memberi 1001 satu rahmat dan kasih sayang berganda dariNya..Harapan semoga hari2 yang telah berlalu dan mendatang menjanjikan kegembiraan,kegirangan,keberkatan dan ketenangan hendaknya..Harapan semoga dilimpahkan mawaddah dalam hubungan kita ini..Sayang kamu selamanya my bestfren..huhuhu..Kupohon kemaafan andai ada terlanjur kata,ada terkasar bicara dan terlebih merasa lewat hubungan ini adanya..


Ringkas bicara..
Terima kasih kerna pernah menjadi sahabat,rakan,kawan,taulan dan teman
dikala kudambakan seseorang untuk meleraikan kekusutan diri..
Sudi berdamping denganku dikala susah dan senang..
Terima Kasih untuk segalanya kawan..

Sunday, July 04, 2010

Bila semua benda perlu DISURUH..

Kekadang rasa geram gak ngan bebudak nih..bila kita suruh tak pernah nak buat,tapi bila dia duduk sengsorang boleh aje dia nyanyi dan buat aksi2 mnghiburkn...Sebenarnya agak sukar juga memahami psikologi seorang kanak2,namun harus disedari bahawa kanak2 merupakan golongan yang paling sensitif dan sentiasa dambakan kasih sayang dan perhatian..Kalau tak caya tunggu ceritanya..
Tapi la ni nak cerita pasai semua benda perlu disuruh,takdenya nak volunteer diri nak buat..mahu penat nak menyuruh,bila mood dia tak berapa baik sampai sudah dia tanak buat..
Dik, nyanyi lagu Ulat,kak nak dengar..dengan selambanya dia buat dekk jer..last2 kakaknya yang syok sendiri nyanyi..
Dari ulat jadi kepompom
Duduk tidur dalam gelongsor
Cukup masa kepompom
Pecah PPOO!!
Jadi rama2 yg indah
Rama2 terbang merata
Sungguh cantik aneka warna
Hisap madu dipohon bunga
Tapi sayang hidup tak lama..
Kan ke haru tu dia tak layan sampai sudah..
tanak nyanyi..tanak nyanyi..
Demikianlah juga bila mintak untuk disayang,owwwss semuanya bagai terpaksa..Tengok my fingers terpaksa menarik mukanya kearahku..awatla susah sangat..kang tak bawak p jenjalan kan nangis..
Satu je benda yang tak perlu disuruh..masa ni saya baru sampai dari KL kul 4 petang,terus bergegas knduri rumah member..bawaklah budak ni..Haaa tu dia,tak perlu suruh pun dia p amik sndiri kek pengantin..memang memalukan bdk mia ni!! lebih 2 potong kek dia makan hari tu..alahai mia..mia...
Mengikut apa yang dipelajari dalam subjek Psikologi di Maktab dulu,kanak2 diusia ini memiliki sifat keakuan yang tinggi contohnya semua benda yang jadi miliknya tidak boleh diusik,disentuh dan diambil oleh orang lain..demikianlah juga dengan orang2 trsayang miliknya..Bila perkara ini terjadi maka gegak gempitalah seluruh rumah dengan laungan dendang sayang alunan sang bayi..Setelah diamati dan dibuat research tak formal,memanglah benar lagi bersuluh hasil kajian tersebut.Saya sendiri telah mengalaminya,demi menarik perhatian si kecil yang tengah leka bermain..sajalah nak mengacau dia tapi dia buat tak layan je..last2 bila ketandusan idea sy guna taktik "jahat" dengan memanggil anak buah yg berusia 4 tahun sambil mendukungnya dan sengaja lalu lalang dihadapan mia,rupa2nya taktik tersebut telah berjaya menarik perhatianya..dan mia dengan selambanya mengatakan "kak,adik nak basuh tangan ni tangan adik kotor"..dan her sis sgt memahami keadaan tersebut,hakikatnya tanganya tidak pernah kotor..itu menunjukkan adanya unsur2 kejelesan dan rasa tergugat bila orang tersayangnya mengendong orang len..
Tapi yang paling pelik sedikit tentang Damya Harleena ni sebenarnya dia lebih mengamuk jika orang amik makanan dia daripada amik mainannya..Moral of the story if somebody nak disturb her...and nak tarik perhatian dia..bawalah bersama makanan disisi anda..drpd sikapnya yang tidak heran dengan anda akan menjadikan dia heran dengan makanan anda..

Saturday, July 03, 2010

Si Ki Buk Kuk...Bi Ki Zi Ki and مشغول (mashghulun)

Sebenarnya tak mau bagi ruang ni berhabuk lama sangat,tanak juga sampai bersawang dengan sarang labah-labah,enggak mau jugak bertukar jadi macam rumah hantu..Namun tuntutan tugas tak mampu menghalangnya...Agak lama membiarkan my blog tanpa suara,tanpa sepatah kata membuatkan si empunya diri jadi rindu-rinduan...Namun kerana diriku bergelar SAYA YANG MENURUT PERINTAH...jadi segala perkara yang tersasar jauh dari core business mnjadi perkara kedua...autoriti harus diberikan kepada tugas sebenar..Huhuhu lastweek and nextweek mengisi data murid untuk dihantar ke PPD Gombak...Syiokkk gak ble sibuk2 ni takdelah nak pikir something2 especially about her..and about hometown..ooowwsss..tak boleh berlama2 melayan blog nih cz Data perlu dihantar On The Dot..!!