Pages

Wednesday, September 28, 2011

Monday, September 26, 2011

SUKA..

"JIKA KITA TIDAK DAPAT APA YANG KITA SUKA,KITA PERLU SUKA DENGAN APA YANG KITA DAPAT"

:::::

suka pencetus redha..
Alhamdulillah

Memberi..tidak semestinya banyak.

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam petang isnin,tetiba saya teringat kata-kata Ustaz Badli Shah yang mengupas tentang sedekah.Indahnya islam bila disyariatkan zakat pada rukun islam keempat sebagai tonggak utama dalam memanifestasikan ruang menjaga dan membela hak orang yang tidak berkemampuan.

Katanya yang masih saya ingat "Kalau gajah memberilah cara gajah,kalau semut memberilah cara semut" Maknanya kalau kita kaya dan lebih berkemampuan berilah lebih sedikit,manakala yang kurang berkemampuan memberilah sekadar yang termampu.Bukanlah dengan tujuan bersedekah itu kita mahu menilai takat mana kelebihan dan kemewahan yang dimiliki tapi ianya lebih kepada pembersihan hati dan penyucian jiwa.Bila kita berada pada kondisi yang senang dan mencukupi kita tidak akan lupa bahawa ada insan lain yang sangat memerlukan.Itu semua akan menimbulkan rasa insaf dan bersyukur dalam diri.Bukankah syukur itu titian iman???

Demikianlah juga bagi insan yang sederhana sahaja hidupnya ala kadar, namun tidak pernah lupa untuk memberi.Ini jelas menunjukkan ada pengajaran ada penerapan nilai baik yang mahu islam tonjolkan dalam diri penganutnya iaitu bertolong bantu,kerjasama dan mempunyai nilai ehsan yang cukup menebal dalam diri.


Jangan tunggu kaya baru nak memberi,bimbang kita tak sempat kaya..Yang maha kaya menjemput kita dahulu kesisiNya.Alangkah ruginya...

Memberi, tidak semestinya banyak..Intipati ikhlas harus meresap dalam diri,kerana ikhlas mencerna naluri insaf..Keinsafan membuatkan kita banyak bersyukur,orang yang bersyukur jauh dari sifat kufur dan takabbur.

Alhamdulillah dengan rezeki yang diberi,namun harus diingat ada hak yang perlu dipenuhi..

Bagai kebetulan juga DIA selalu temukan saya dengan kejadian2 yang banyak memberi ilmu dan pengajaran berguna buat saya.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".


Apa yang saya faham,zakat perniagaan merupakan zakat yang dikeluarkan mengikut jumlah pendapatan tahunan hasil perniagaan.Contohnya jika RM50,000.00 setahun maka zakat perniagaan ialah sebanyak RM5000..Sungguh rapi dan teliti penetapan zakat dalam islam terutama dalam bab pihak yang wajar menerima zakat tersebut.

Berfikir dari sudut seorang yang sangat cetek ilmu ni terdetik juga dihati bila ada yang cuba mengatur cara pemberian zakat tersebut...

Namun,bait kata seorang yang cukup saya sayangi mengetahui gelodak rasa yang bermain difikiran..

"Sis,cuba fikir kenapa Allah tidak tetapkan agar kita bagi zakat tu pada mak ayah adik beradik dan keluarga terdekat kita..Allah tidak tetapkan begitu kerana jika diteliti daripada tujuan pensyariatan zakat ianya bertujuan untuk membentuk masyarakat yang adil,golongan yang senang menolong yang susah dan begitulah sebaliknya golongan yang susah akan mengasihi yang senang agar tidak timbul rasa dendam dan iri hati"

Jelas disini,setiap yang hidup dimuka bumi ini pasti mendapat pembelaan selayaknya disisi islam.Begitulah indahnya agama yang saya anuti.Ghalibnya,setiap dari kita pasti mahu memberi dan terus memberi pada keluarga terdekat,itu normal dan perkara biasa..Jangan bimbang penuhilah kehendak itu dalam ruang sedekah jariah kita,tapi dalam bab zakat keutamaan harus diberikan kepada asnaf-asnaf yang ditetapkan sama ada melalui zakat fitrah dan zakat harta.

Saya cukup bimbang dengan peringatan ini,

74- Dari Jabir r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, nescaya hapuslah segala apa jua yang merosakkan hartanya."(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Tabrani dan lain-lainnya)

Yakni dengan mengeluarkan zakatnya, baharulah harta itu menjadi bersih dan hak fakir miskin dan lain-lain golongan yang diwajibkan padanya, jika tidak maka harta itu akan punah ranah dan tuannya akan menerima akibat yang buruk di dunia dan akhirat.


TulipUngu::: Penulis tak bercadang pun nak menulis sedetail ini..:::
~Sebenarnya nak cerita bab gajah dengan semut~

Sunday, September 25, 2011

'Solusi' memang satu penyelesaian..!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum WBT,bercakap sebagai seorang hamba yang kerdil yang punya banyak kekurangan berbanding kelebihan yang amat sedikit,mahu membawa sama sahabat sekalian untuk 'berjatuhcinta' pada Majalah yang satu ini.

Jujurnya,saya tidak pernah dibayar atau disuruh oleh mana2 pihak untuk semua ini.Ianya terbit dari hati yang mahu sama2 berkongsi 'indahnya' menggali ilmu dan memuhasabah diri dari isi kandungan yang melatari setiap helai muka surat majalah ini..

Banyak kata-kata,kerap juga peringatan yang begitu membekas dalam diri.Mengenang diri yang sering alpa dan lalai dalam melalui urusan dunia jadi alangkah beruntungnya bila wujudnya 'tongkat hikmat' yang sudi membimbing dan menunjuk jalan kearah hidup menjunjung syariat yang begitu didamba oleh golongan yang takutnya azab dan seksa akhirat.

Kadang-kadang rasa bagai di herdik,keliru,celaru..Kamu yang mendabik dada menghafal kalam suci,kamu yang suatu ketika dulu tidak pernah jemu mengingati hadis dan kamu jugala yang amat meminati setiap bait kata yang mahu dihujjahkan pasti diselitkan sama bukti yang maha kukuh daripada al-Quran..Bukankah itu kamu??? tapi kamu lupa dengan dunia yang mengejar kamu....

Kamu semakin lupa...

Mujurlah,nasib baiklah DIA datangkan untuk kamu SOLUSI..Benarlah Solusi memang penyelesai masalah...

Teringat satu bait "Orang yang meninggal dunia,tidak pernah tahu bahawa hari ini merupakan hari terakhirnya didunia..."


Sungguh,dunia hari ini banyak dan sungguh ketara mahu menguji piawaian iman kita,sama ada berada pada tahap yang memuaskan atau sebaliknya kerana ada diantara kita sungguh indah menyusun kata,mewar-warkan segala benda baik..tapi diri sendiri agak acuh tidak acuh dalam meningkatkan graf keimanan pada peratus sebaiknya..

Saya banyak bercakap tentang diri saya bukan orang lain,semoga kita semua terpelihara dalam rahmat dan kasihNya..


Milikilah Solusi,nescaya anda tidak rugi..anda tidak akan mahu terlepas baca walau satu slot pun kerana banyak ilmu dan pengetahuan berguna,masalah islam kontemporari dan isu semasa yang begitu dekat dengan kita ditinjau dari sisi hidup seorang hamba.Pengisian rohani yang begitu berhikmah bermula dari cover story,ayat2 quran dan riwayat muslim,kupasan ilmuan bahkan sehingga surat pembaca (salam editor) pun sarat dan padat dengan kantung ilmu dunia akhirat..

Dia begitu mengetahui apa sahaja yang terselindung di hati ini,lantas genta rasa begitu kuat cuba untuk mencari solusi terbaik sebagai pendamai hati dan penenang jiwa.Saya tahu dan akur 'kapsul solusi' mampu menyembuhkan sakit yang dialami lantas Solusi isu 33 benar-benar penawarnya..Saya damai saat ayat ini diulang baca..

"Dan Dialah yang telah mengurniakan kepada kamu dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati.Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah pasti kamu tidak dapat menghitungnya (satu persatu).Sesungguhnya manusia itu sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya serta tidak menghargai nikmat Tuhan." (Surah Ibrahim 14:34).

Itulah kebetulan yang DIA tetapkan buat kita.

Seterusnya,beberapa hari sebelum ramadhan yang lalu saya dikejutkan dengan 3 kematian orang yang saya kenali.Salah seorangnya sahabat baik abah yang meninggal sehari sebelum ramadhan.Hati kecil merasa sebak namun tetap redha tapi tetap juga mahu berfikir betapa dia tidak berpeluang nak mengecap ramadhan 1432h..Kita macam mana pula,kematian yang mengejut sedemikian membuatkan saya banyak termenung dan mula memikirkan dan mengakui semua adalah ketentuanNya dalam masa yang sama sebagai peringatan kepada yang masih hidup agar terus menghargai nikmat nyawa dan peluang yang masih dia pinjamkan kepada kita untuk terus beribadah menambah bekal untuk kesana..

Lantas Solusi isu 34 cuba merungkai 'kecelaruan' saya dibawah isu bertajuk "Andainya ini ramadhan terakhir,layakkah kita berhari raya"..Ohh sungguh ia benar2 kena dengan apa yang tengah saya fikirkan..Bulan yang padanya syaitan dibelenggu juga sebagai bulan pencerna akal, mensetting ibadah sebaiknya juga dikenali sebagai 1000 bulan.Yang masih bernafas maka selayaknya memiliki peluang mendominasi ruang waktu dengan ikrar dan ratib ibadah pada yang satu..Seolah2 ianya suatu momentum rasa agar yang masih hidup untuk berlumba2 kepada kebaikan selagi diberi hayat.Saya cuba memandang dari sudut itu.

Alhamdulillah,Solusi memang penyelesai masalah dari bias hidup seorang hamba..Bagi yang tergelincir dari landasan, mungkin teguran rasa begitu sinis namun masih dalam garis hikmah untuk mendidik jiwa.Banyak yang kita tahu tapi buat tak tahu dan ada yang tak tahu tapi tak nak ambil tahu...Memandangkan indeks kebejatan sosial berada pada paras yang membimbangkan Solusilah pendamping yang signifikan untuk dijadikan teman terbaik sama ada untuk individu itu sendiri bahkan kepada sesiapa yang berindak sebagai pendidik untuk dijadikan bahan tambahan penyedap rasa dalam membimbing dan mendidik anak-anak hari ini yang begitu tandus dengan ilmu kerohanian.

Friday, September 23, 2011

Saya Rindu Blog Saya!

Cerita tiada kaitan dengan gambar,cuma mahu
menjustifikasikan erti bahagia dengan kehadiran
dua hamba Allah ini..
Ayraa Qaleesya dan Ahmad NaQeeb al-Faesy
(sampaikan ada beberapa invitation malas nk p,
sebab sayang nak tinggai budak 2 orang nihh)
~jgn bg tau orang ye,ni rahsia kite2...~

Assalamualaikum WBT...

Haishh..rindu sungguh pada blog saya nih,namun apakan daya permulaan september yang x berapa elok turut sama merosakkan mood mahu menulis saya.

Jadi,saya hanya mampu menjenguk tanpa meninggalkan sebarang jejak lepas daripada last entri.Sungguh tidak produktif, ditambah pula kebizian yang amat dasyat dengan segala laporan,kertas kerja dan open house,open table dan macam-macam lagi.Nak update gambo raya pun xdak masa..Huishh sibuk sungguh..

Terima Kasih Puan D atas jemputan u,i sanggup x puasa demi nk pergi rumah u..(sunat memenuhi undangan).Tak lupa pada kak Ummu,sampai nak nangis pujuk orang pergi..last2 sy prgi buka posa umah beliau.apa2 pun terima kasih byk2..nanti tunggu open house sy plak insyaAllah..

Alhamdulillah,kalimah syukur penuh makna.Syukur padamu ya Allah, walau tanpa suara hati tetap berkata..Terima Kasih atas segala anugerahMu..

Dia yang bijak!

Salam,

September yang sungguh sibuk..

Apa2 pun nak update jugaklah tentang buah hati yang selalu x mahu cakap dengan saya bila saya call...Perkembangan baru budak tecik ni ialah sudah menampakkan minat nak jd Photographer..Jurukamera amatur sy ni tgh merajuk kat hujung dinding sebab her sis x bagi dia snap gambar entah apa2..


Dia marah saya dr jauh..!

Namun,demi sayangkannya saya bagi jugak..

HASILNYA..

Tiles..

Alas Meja Bonda..

Guni beras siam..

Bunga bonda..

Sudut "Relaku pujuk"..pun ada..

Itulah sedikit sebanyak about her,
lain kali
cerita lagi...

Jadi anak soleh mia ya!

Sunday, September 18, 2011

Moga Bahagia Selamanya..

Kak Alwani...

Banyak kenangan walau seketika pertemuan..

Thank Q Sis..

Tuesday, September 13, 2011

Elak dari menulis,sekejap jer..

Bismillahirrahmanirrahim..

Owhh,September yang lesu..

Bukan tak jenguk,bukan tak tengok dan tidakla pula lupa..
Hari2 melintas,sapu habuk sikit2,buang sawang kiri kanan..
Setiap jam menjenguk melepas rindu,mengubat sendu..
Namun kemahuan menulis tidak juga kunjung tiba.

Mengiyakan pandangan "diam lebih baik",
Jadi saya mengambil pendekatan untuk DIAM...

Rupanya DIAM itu lebih menyeksakan
Bagi orang yang sangat obses dengan hobi ini..
Hukhuk...

So, 13 September 2011 merupakan N3 pertama
untuk september..huhuhu,sangat 'rajin' hamba Allah ini..

~12 dan 13 september 2011 'Kem Paya Jaras'.