Pages

Thursday, June 24, 2010

Selamat Hari Abah..ABAH

Mungkin masih tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa buat abah tersayang...Din Bin Ismail...Insan yang sangat aku sanjungi.....Sekalung kesyukuran pada yang Maha Agung kerana masih memberi ruang dan peluang untuk aku mengecap nikmatnya hangat kasih seorang abah..Kakak begitu menghargai dan menyanjungimu Abah.Nilai kasihmu dan keperihatinanmu cukup membuatkan ku mudah mengalirkan airmata..Sebenarnya sukar untuk diterjemahkan dengan kata2,namun hanya ini sahaja yang mampu kakak titipkan buatmu abah...Sayang Abah selamanya...kerna kutahu "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan Ayah Ibu"...




Hampir 26 tahun,dipayungi kasihmu abah..Belum cukup puas,terasa bagaikan baru semalam abah hantar p sekolah,jenjalan ngan abah makan roti canai,pastu kalau p bandar masa nak lintas abah pimpin tangan..abah suka usap kepala...Tapi kini..hakikat harus diterima anakmu ini,sudah semakin dewasa..(uwekk dewasa ke??) dan kian matang..huhuhu..adik2 plak nak bermanja ngan abah...

No comments:

Post a Comment