Pages

Sunday, August 02, 2009

Rileks hujung minggu..

Tak de apa yang nak di crite hari ni,boring sesangat x tau nak wt pe kat umah..nak kuar KL xde mood...ari ni duk ngadap benda alah ni then mop lantai kat ruang tamu ngan dapur..pas2 borak ngan housemate kat taman...

Camni la manusia tak pernah nk bersyukur dengan nikmat kurniaan Tuhan,diberikan keterluangan masa tak tau nak wat ape...tadi dah kemas bilik,ruang tamu smpai ke dapur dh tak tau nk wtpe..

Susah2,bila diingat masa study dulu time tu nk wt assignment,masa tu nk exam n waktu tu la bertimbun2 kerja pengurusan sekolah yang tak setel then masa tu gak ada kursus2 kt PPD n waktu tu gak nk htr laporan program pada Guru Besar.

Time2 boring cenggini tak tau nk buat ape lak,lau duk kt umah mak abah lehla aku p blakang umah sapu sampah n kutip hasil kebun abah.Paling tidak aku leh p shoping ngan mak..
Tak pun bwk baby mia p jln2 ke taman or borak ngan jiran sebelah..

TETAPI hakikatnya aku berada di Sungai Buloh,yang masyarakatnya lebih dimomokkan dengan gaya kehidupan bandar yanga angkuh dan sombong..Tiada senyum salam apatah lagi sapaan andai ketemu tetangga...Sedangkan kita selalu diingatkan " "Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"

Sememangnya ku akui corak kehidupan bandar dengan desa sangat berbeza.Tetapi apa salahnya andai kita menghancurkan tembok pemisah itu,kita bina peradaban budaya mesra dan rendah diri dikalangan warga kota.Agar selepas ini warga kota tidak dianggap golongan yang tinggi IQnya tetapi ziro EQnya.Seimbangkan keduanya agar kita tidak dipandang sebagai manusia yang tidak melihat bumi setelah berada dilangit sehingga sanggup mengorbankan nilai2 ketimuran yang selama ini datuk dan nenek kita warisi dan jagai sejak zaman berzaman.

Fikir2kanla.."Kesalahan yang menyebabkan engkau menangis,lebih baik daripada kebaikan yang membuatkan engkau takbur"..

Saturday, August 01, 2009

Kena nulis gak...

Hari ni penat sangat baru balik dari Kem Motivasi UPSR di "Rebutia de Perkasa" kt Bentong.2 hari 1 malam kt sana best gak,tapi yang x bestnya kami sesat di jalan bentong lama,dekat 40 minit gak "makan langsat",aku memang dah nak termuntah sebab jalan kt sana bersimpang siur ngalahkan nk p cameron.Aku rasa lau tambah 5 minit lg perjalanan memang aku termuntah dalam keta kawan tu,dahla keta baru..nasib baik kami smpai gak kt tempat yg dicari2.

Pengisian selama di sana lebih kepada pendedahan teknik menjawab soalan UPSR yang dikendalikan oleh guru2 yang brpengalaman luas dalam subjek masing2.Then bdk2 ni didedahkan dengan semangat kerja berpasukan.Sebagaimana yang diwar2kan oleh Wonderpets,"Apa yang penting??" KERJASAMA!!!

Selesai sume slot,bdk2 bandar ni diberi mandi sungai mklumla org tk pernah jmpa sungai wlaupun tinggai kt Sungai Buloh.Lepaih mandi,solat dan makan depa sume ni dikerah bersegera berkumpul untuk balik..Cikgu dia yang x sabar2 nk balik sebenarnya..Bertolak balik kul 3.40 kendian 4.30 smpai Sungai Buloh.Jalan jem sesangat kt Greenwood..Dalam bas ngantuk sangat tapi x boleh tdo karang tergolek dlm bas cz kt sisi tmpat duduk xde penghadang..Lau tergolek jatuhla maruah, lalu aku ambik kptsan control mata jangan tertido..

Sampai je kt umah,apalagi rehat2 kan diri laa..