Pages

Friday, October 31, 2014

kembali...

Assalamualaikum..WBT

Dengan masa yang makin terbatas,rasanya makin hari blog ini makin bersawang.Oh masa makin cepat berlalu..2014 seakan mahu meninggalkan kita..

10 minit lagi masa untuk saya berceloteh...(kejap lag ada kelas)

Alamakkkkk!

Apa pun nak tinggalkan beberapa coretan..

# Alhamdulillah saya dah mendapat anak kedua pada 24 Julai 2014
# Setelah bercuti selama 90 hari ,23 Oktober 2014 saya kembali bertugas..

Bahgia bersama

Suami tercinta Mohd Zulhaimi
dan dua Putera Kesayangan
Ahmad Meeshary al Afasy
Ahmad Muzaffar al Wafiey

....ok bye..! nak masuk kelas


Tuesday, February 11, 2014

Ahmad Meeshary Al Afasy...




Dipilih nama dari kalangan orang yang baik-baik..moga membesar jadi anak yang baik ya sayang!

Tuesday, October 22, 2013

Kembali Berblog Ya!

Assalamualaikum..
Pengumuman..Halu..haluu
InshaAllah saya akan kembali berblog dengan rajinnya selepas ini.
Kalau tak sibuk hokayy!!

Feeling Down..:-(

Bismillahirrahmanirrahim

Duhai Pemilik Buana ini
Campakkanlah rasa damai
Leraikanlah kekusutan jiwa 
Rungkaikanlah kekeliruan  rasa


Engkaulah sebaik-baik Perancang
Engkau Jualah sebaik-baik Pelaksana
Bahkan
sebaik-baik Pemberi Pertolongan
Hanya Padamu tempatku berserah diri
Hanya padamu jua tempatku mengadu


Semoga aku tergolong dalam golongan hamba2Mu yang bersyukur ya Allah

Cuba memandang sesuatu dari perspektif hikmah.

~Kita tak sesuai menjadi kawan agaknya..!

22 Oktober 2013

Tuesday, August 27, 2013

Saya Bahagia..

Assalamualaikum..WBT

Terlanjur rindu pada ruang ini,namun apakan daya kesibukan senantiasa menyelubungi diri.

Alhamdulillah,saya bahagia.Lengkap sudah kehidupan saya dengan kehadiran My Lovely Husband Mohd Zulhaimi dan Kelahiran Cinta Hati Kami Ahmad Meeshary al Afasy pada tanggal 030313..

Syukur..syukur
Saya benar-benar bahagia.
Segala yang saya hajatkan terlaksana.

Mengambil nama Meeshary sempena nama seorang tokoh Qari dari Mekkah Syeikh Meeshary Rashid al Afasy semoga anakanda saya juga menjadi bakal Qari kelak..ameen.

Bahagia dan membahagiakan
Terima kasih buat suami tercinta kerana begitu menyayangi dan mencintai sayang apa adanya.Sayang SAYANG Abang dunia akhirat..Thanks God atas anugerah 2 lelaki ini dlm hidup saya.


Ahmad Meeshary al Afasy Bin Mohd Zulhaimi

Thursday, July 25, 2013

Alhamdulillahh..

Alhamdulillah kembali berblog setelah sekian lama menyepikan diri.
Rindu
Sayang
Teruja
Tak sabar..
Semua bercampur baur.
Paling tak sabar nak update tentang
MySweetheart
Syeikh Meeshary al Afasy..
Sabar dulu tengah sibuk ni..:-(

Sunday, October 21, 2012

Owhh si dia makin aktif bergerak!

40 minggu nan indah…

 
Minggu 1 -4
Perlekatan awal janin pada uterus, sel-sel aktif membahagi.Genap sebulan, kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang fetus.

Minggu 5 -10
Jantung mula terbentuk dan berdenyut.Kadar denyutan ialah 60 -90 kali seminit.Kaki dan tangan mula berkembang, dan sudah boleh bergerak, namun saiz masih kecil sekitar 2mm , jadi ibu tidak akan merasai pergerakan fetus.Pada minggu ke10, tubuhnya mula memanjang dan jari tangan mula kelihatan walaupun belum sempurna terbentuk.
Ulasan Catlina: “aku start buat ultrasound scan pada minggu ke-8!”

Gambar fetus berusia 20 minggu

Minggu 11 -14
Bayi sudah mula bernafas dan kadar denyutan jantung meningkat 110 – 160 kali seminit. Bayi sudah boleh menghisap jari dan mula belajar menggerakkan bibir.Dalam usia 14 minggu , bayi sudah boleh mengerutkan keningnya.
 
Jari kaki pada usia 11 -12 minggu
Minggu 15 – 17
Sudah boleh mendengar, bunyi yang paling jelas dan dekat dengannya ialah bunyi suara ibu.Ibu juga sudah boleh merangsang sel otak bayi dengan bercakap2 dengannya atau mendengar muzik yang lembut.Jantina bayi sudah boleh dikenalpasti pada usia 16 – 17 minggu.
Catlina: “Scan kali kedua pada usia 17 minggu :) ….”

Minggu 18 – 24
Pendengaran makin tajam dan mula peka dengan bunyi -bunyian luar. Jika terdengar bunyi yang kuat, bayi akan menendang dan ibu sudah boleh merasakan pergerakan bayi ketika ini. Gigi susu mula terbentuk pada usia 19 minggu.
Catlina: “semalam sebelum tido,baby bergerak,byk kali jugak, Cg Fly pun dpt rasa bila letak tgn kat perut :) ….tapi aku rasa dia tersedu kut..sebab pergerakan baby terhenjut2 mcm orang tersedu..”

Minggu 25 – 29
Sel-sel otak bayi mula berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang -tulang bertambah keras. Bayi semakin aktif, mata bayi sudah boleh dibuka dan ditutup pada usia 29 minggu.

Minggu 30 -40

Bayi semakin aktif bergerak dan membuat pergerakan seperti menendang dan memusingkan badan. Kedudukan kepala mula menghala ke arah serviks kerana sudah hampir tiba saat melahirkan .

Sumber : Pa & Ma