Menadah Jawapan Tuntas Illahi Untuk Titik Mula Kesinambungan Sebuah Perhubungan.DIA Leraikan Seribu Kekusutan Usai Sujud Istikharah,Dalam Ratap Tangis Seorang Hamba..Tanpa Sedar 'Pelawaan Ke Masjid' Menjadi Momentum Pada Satu Rasa Yang "Membuka Pintu Hati Untuk Sama Merealisasikan Hasrat Tersebut".
Sunday, February 12, 2012
Budak ini sudah sekolah..
Assalamualaikum WBT...
Saya sungguh beria-ia dan serunuk nak ceritakan mengenai pengalaman baru budak kecik ni.Umurnya belum mencecah 5 tahun,baru 4 tahun 2 bulan namun keterkinjaan beliau nak bersekolah membuatkan kami terpaksa melepaskan juga bakal 'DR' ini untuk bersekolah..InsyaAllah.
Dari umur 3 tahun lagi,beliau membuat permohonan untuk bersekolah sehinggakan kami sekeluarga terpaksa menyabarkannya dengan menyebut 'tahun depan'.Bermula dari detik itu setiapkali ada yang bertanya "Mia nak sekolah bila??" Jadi jawapan yang diberikan adalah "Tahun depan!".
Impian untuk mendaftar diri ke Prasekolah gagal kerana Prasekolah hanya mengambil murid yang berumur 6 tahun,Nur Damya Harleena baru 4 tahun 2 bulan..masakan boleh dongg!.
Demi tidak menghampakannya,kami mendaftarkan beliau di Sekolah Pasti berdekatan.Sungguh dia tidak serupa abang2 dan kakak2nya yang lain terpaksa diteman dan ditunggu sehingga masuk minggu ke-2 persekolahan.Beliau mahu berdikari,tak perlu tunggu,tak perlu diteman..Beliau cepat masuk dgn kawan2 seusianya..Saya Bangga!
Dipendekkan cerita,kalau dah PASTI memanglah pembelajarannya bercorak keislaman.Yang itu LEBIH SAYA SUKA..! Dipendekkan cerita saya kagum dengan kebolehannya menghafal doa2 demikian walau baru 2 minggu persekolahan..
1) Ayat Kurtis~ sebutan dia..(Ayat Kursi)
2)Doa kepada ke2 ibubapa
3)Doa makan
4)Doa masuk tandas..
yang paling tak tahan bila ditanya
"Cikgu Adik nama apa??"
dia jawab "DR HARLEENA"
"Nanti besar adik nak jadi apa?"
dia jawab "DR HARLEENA"
hihi..
Jadi anak soleh ya!!
Rindu...Blog Saya!
Assalamualaikum WBT..
Tak terucap rasanya,sangat rindu sungguh rindu benar2 rindu mahu menulis namun kekangan kerja dan beberapa urusan yang belum selesai memaksa diri untuk bersabar dan 'berpuasa' daripada menulis.
Namun sedar tak sedar hampir sepurnama lebih juga saya tak menulis,bukan idea semakin kontang tapi itulah macam yang saya ceritakan kat atas tadi kesibukan dan kebizian yang mengalahkan pak menteri maka urusan yang lebih pentingla yang harus didahulukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)